Tuesday, November 23, 2010

Asas Kepada Seorang Saintis Islam Muda ; Kekuatan Akidah Pasakkan dalam Diri



AKIDAH
Persoalan :
-Ianya boleh sahaja kah kita jawab ‘exam’ esok dan hari ini tidak baca buku? Jawapan : boleh, tapi ianya tidak perlu (tidak digalakkan)

Saintis barat hebat?
-Kenapa perkara ini terjadi sewaktu zaman ini? Sebab mereka mengkaji, menyelidik setiap apa ibrah yang diambil dalam Al Quran itu sendiri. Sebaliknya kita, muslim tidak mempraktikkan mencari intipati yang tersedia ada dalam Al Quran.

Persoalan akidah setiap mahasiswa sekarang berbeza-beza?

-Ya. Kerana apa? Lihatlah masa menjelang sahaja ‘exam’ solat mereka huru-hara jadinya (lambat-lambatkan solat atas alas an untuk ‘study’) hal ini kerana, study “LAST-MINUTE” itulah puncanya.
Rentetan persoalan :

-“saya seksi, tapi solat 5 waktu tak tinggal…” << ini bukan takrifan islam yang kita mahukan! Kerana apa? Rujuk kembali kepada 3 rujukan utama yakni :
1. Pembentukan akidah
2. Syariat
3. Akhlak

-Mana mungkin jika orang itu jaga solatnya tetapi syariat dia tidak jaga seeloknya? Dan sudah pasti akidah ini membentuk akhlak seorang muslim itu. Adakah akhlaknya dengan membuka aurat sesuka hati? Ianya bukan yang islam mahukan.
Akidah perlu teguh

-Saat-saat genting (Exam), perlukan kekuatan sangat utuh kepada Allah SWT yakni solatlah pada awal waktu kerana itu Hablulminallah (Hubungan dengan Allah SWT). Perbincangan rujuk Fiqh Awlawiyyat : diberi dua pilihan yakni solat 5 waktu dan study, yang mana wajib dilaksanakan dahulu sedangkan kedua-dua itunya wajib dilakukan? Sudah pasti solat dahulu.

Dalil Al-Quran
-Surah An-Nisa’,116 ; huraian, mensyirikkan Allah (mempersekutukan Allah)

-Kajian : mahasiswa sekarang boleh dikatakan majoritinya mensyirikkan Allah dengan pendidikan mereka. Sebab? Solat dan study semasa exam, mereka lebih berminat untuk memilih study dahulu bukan solat yang wajib dilaksanakan.

-Surah An-Nisa’,136 ; huraian, kesesatan yang nyata. Jangan pandang remeh akan persoalan akidah ini walaupun secara realitinya sudah dipelajari sejak di bangku sekolah lagi.

-M/s 41 Surah Al-Baqarah ; huraian, orang yang masuk syurga amatlah sedikit disebabkan persoalan akidah ini.

-Surah Al-Hijr,28-29 ; terdapat tauhid rububiyyah dan uluhiyyah dalam ayat tersebut.

SAINTIS ISLAM

Efistimologi

-Digelar sebagai ‘Theory of Knowledge’

-Saintis islam pada zaman kegemilangan islam sememangnya berpandukan dengan akidah bukan mantik moden seperti barat laksanakan.
Zaman Emas Islam (Abbasiyah)

-Ulama’ pada masa itu cukup kaya dengan hafalan Al-Quran serta hadis dan hebat jua dalam ilmu sains. Barat mengambil ilmu tersebut dan tidak menghubung kaitkan pada Al-Quran (tutup kebuktian mukjizat Al-Quran)

Dr.Ismail Faruqi
-

“Bagi saintis-saintis islam, mereka perlu tafsirkan Al-Quran dengan ada hubungkaitkan dengan persoalan saintifik.” – Dr.Ismail Faruqi-


FORMULA AWAL SAINTIS ISLAM


-Dari awal dan akhir setiap penemuan semuanya Allah ketahui, awal hingga akhir dan juga zahir dan batin, Jika kita renungkan, bagaimana saintis-saintis islam dahulu kala yakni kitab mereka sampai sekarang masih dijadikan bahan rujukan utama? Hal ini kerana, permulaan kitab mereka pada awalnya (muqaddimah) mereka ‘based on” dalil-dalil Al-Quran dahulu tujuan kajian mereka adalah kerana Allah Taa’la, tetapi bezanya dengan barat iaitu mereka mengambil huraian dalam kitab itu sahaja dan tidak mengambil dalil-dalil tersebut. Setiap perkara yang kita niatkan untuk dijadikan kajian maka Allah tahu akan apa yang kita kajikan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, Allah tahu dari awal hingga akhir zahir dan batin.

Kesilapan-kesilapan :
1.Jarang baca Al-Quran
2.Jarang untuk hubungkaitkan dengan saintifik

“lihat lebih dalam dan dalam dan dalam…”
–status seorang pengkaji-


SUMBER : Ustaz Abdul Rahim
CATATAN PENGKAJI SERTA OLAHAN : MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR

Wednesday, November 10, 2010

Lakaran Tercipta



Bismillah~
Alhamdulillah kini kembali dalam dunia blogging.Sejak posting Perang PENTAS penulis mengalami suatu lakaran cukup mendidik jiwa selama beberapa hari kemudian.Penulis sedar bahawa diri ini cukup banyak terlanjur mencipta dosa, dan ini barangkali lakaran-lakaran yang tercipta adalah satu pengajaran buat penulis.

Peperangan (Exam) bermula, ya ianya menjanjikan suasana luar biasa masa itu. Hari pertama melakarkan suasana dingin di pagi hari.Penulis memerhatikan gelagat para mahasiswa yang tidak jemu melihat nota azimat mereka.Indahnya suasana pada pagi itu,hanya Allah sahaja yang tahu.Kadang kala rasa terkilan di hati dek kerana fenomena itu tidak berlaku padaa hari kebiasaan.

Penutup peperangan, juga menjanjikan suasana tenang.Wajah-wajah ceria kelihatan pada setiap mahasiswa yang ada.Adakah dek kerana 'paper' last? mungkin..adakah wajah-wajah sedih wujud kala itu? kerana apa perlu bersedih?

"wei, kita dah abis exam..lets enjoy!!"

"yeaa merdeka!..aku nak tido puas2"

"ko 'free' x petang ni? jom ar kita p tengok wayang..."

"jom2, aku ok je..kan kita dah abis exam.."

Luahan kepuasan dialog antara mahasiswa.Tidak asing lagi bagi mereka.Namun adakah individu yang bersedih? pasti ada.Bersedih kita kerana telah menamatkan pengajian semester berkenaan.Justeru itu, lebih dirisaukan mengenai ilmu di dada yang kita pelajari.Wujudkanlah persoalan, bagaimana untuk aku aplikasikan ilmu yang aku pelajari sepanjang semester ini? Cukup malang dan berdosa jika aku abaikan.Itulah sasaran penulis.Penulis turut merisaukan jikalau ilmu ini tidak diaplikasikan.

‎"ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat" -Imam Syafi'i-


Hayatilah segala ilmu yang kalian pelajari. Kerana ada kemanisan setiap ilmu yang kita pelajari.Ilmu yang bukan sahaja peroleh di bilik kuliah,tetapi ianya meluas seluas lautan biru.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-


Friday, October 22, 2010

Perang PENTAS



Bismillah~
Perang baru? Perang PENTAS? hanyalah sekadar mainan ayat. Penulis merangkakan Perang PENTAS adalah Perang Pena dan Kertas semata-mata.Sudah pasti peperangan ini yang lebih disukai untuk digelarkan "PEPERIKSAAN" atau "EXAMINATION". Cukup dalam beberapa ayat sudah menjanjikan gambaran dahsyat terutama sasaran yang diberi pangkat "MAHASISWA" atau pelajar.

Anda sudah pasti banyak melalui proses-proses ujian atau peperiksaan ini. Tidak kiralah 'formal' or 'Non-formal' ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita yang dahagakan ilmu selaut biru. Situasinya cukup berbeza, bezanya adalah dari suasana persekitaran yang seolah-olah 'takut' akan tibanya hari peperiksaan. Kelihatan pelajar-pelajar khususnya di UKM sendiri tampak tidak senang duduk, buku atau nota wajib di bawa kemana-mana. Persoalan timbul, suasana ini cukup enak jika dinampakkan semasa 2 3 bulan sebelum peperiksaan, tetapi ianya sudah pasti tidak berlaku. kenapa?

Sememangnya penulis akui, peperiksaan cukup 'luar biasa' kerana di situ tahap penilaian kita diukur sebaik mungkin. 'Pointer' seolah-olah pertanyaan biasa pelajar semasa lepas keluarnya keputusan peperiksaan dan sudah pasti itu yang mereka risaukan. Penulis akui. Fenomena 'luar biasa' ini adakah berkesan hingga di graduasikan? khidmat para graduan kepada masyarakat dijadikan medan ujian selepas ini. Sudah pasti suasana 'ujian' bukan lagi adanya jadual peperiksaan yang 'fix' tapi lebih kepada ujian serta-merta. Ujian serta merta inilah yang mewarnai kembara kita yakni kembara seorang muslim.



MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-

Wednesday, October 20, 2010

Kreatif dan Logik



Bismillah~
Jadi pandangan anda bagaimana? Logik jika cikgu itu betul-betul terbalikkan uji kaji itu? atau pemikir murid itu kreatif dari sudut 'gila'? Saya serahkan kepada anda.

Kadang-kala kita rungkaikan sesuatu atas memikirkan ianya logik atau tidak dan sudah pasti 'output' akan sukar untuk diluahkan kerana terlalu memikirkan logik. Tetapi jika kita berfikir dari sudut 'kreatif',akan terhasil pelbagai pandangan yang agak 'gila' di mata-mata individu. Namun, janganlah kita cepat melenting akan setiap pandangan yang dilontarkan atas alasan kerana pandangan tersebut tidak 'logik' dek akal. Bahkan kita perlu meraikan pandangan tersebut dan diperjelaskan persoalan itu dan ini demi kesesuaian dalam matlamat untuk dicapai sama ada ianya kritikal atau selesa.

Kita lihat sahajalah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang merupakan khalifah uthmaniyyah yakni ketika ingin menawan kubu terkuat ketika itu tidak lain tidak bukan kubu Constantinople. Beliau melontarkan idea 'gila' yakni ingin melepasi kapal-kapal perang beliau dari disekat oleh rantai besar yang dipasang oleh Byzantine dalam menyekat dari kapal perang untuk melaluinya. Maka beliau mengarahkan supaya kapal-kapal perang beliau untuk melepasinya dengan berlayar di daratan yakni 'berlayar' di atas bukit Golden Horn. Sudah pasti dengan cara 'gila' itu, Al-fateh berjaya menawan kubu Constantinople itu.

Cukup atas penceritaan ringkas itu, jadi bagaimana? Jika anda berfikir logik, sudah pasti anda akan bertarung nyawa dalam mempertahankan hujah agar tidak mahu kapal itu berlayar atas bukit kerana ianya gila dan tidak logik kapal boleh merentasi bukit! tidakkah begitu? jadi, jangan runsingkan kepala dalam memikirkan logik untuk menghasilkan tindakan susulan bahkan raikan segala pendapat sama ada gila atau tak..sama-sama kita fikirkan~

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-


Saturday, October 16, 2010

Rakan Amali Dakwah ISIUKM (RAD)



Bismilah~
Alhamdulillah sudah sekian lamanya blog kembara seorang muslim ini berehat atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kini telah di terkini kan. Baiklah, di perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai keunikkannya tersendiri. Jika di Universiti lain khususnya di Malaysia ini, persatuan Mahasiswa Islam atau dikenali PMI pasti wujud.Seperti merujuk pada tajuk kali ini, Rakan Amali Dakwah ISIUKM (RAD) telah ditubuhkan oleh PMIUKM itu sendiri.

Rakan Amali Dakwah (RAD) ISIUKM adalah sebuah unit khas di bawah Exco Perpaduan Nasional ISIUKM yang berfungsi sebagai satu badan penyebar dakwah Islam di seluruh perbukitan ilmu UKM.Lebih mesra dengan nama RAD ISIUKM,bermatlamatkan agar syiar Islam dapat disebar luaskan ke seluruh pelusuk warga UKM...

Mula ditubuhkan setelah usul agar diadakan sebuah entiti dakwah secara amali yang tersendiri dalam ISIUKM dalam Mesyuarat Agung Tahunan ISIUKM yang lepas diluluskan. RAD memberi pendekatan terus dalam menyampaikan risalah dakwah kepada Mahasiswa/i khususnya di UKM itu sendiri.Ianya juga tidak tertumpu dalam mendekati Mahasiswa muslim tetapi juga turut kepada Non-Muslim.

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
-kembara seorang muslim-


Sunday, October 10, 2010

Bangkit! Bersama Mahasiswa



Bismillah~
Seperti yang kita ketahui,apabila kita sudah menjejakkan kaki ke alam kampus,sudah pasti berlakunya satu transformasi.Label kita adalah "MAHASISWA" bukan lagi pelajar atau murid atau ape sahaja istilah sebagai seorang mencari ilmu.

Sekeliling seorang mahasiswa sudah pasti dipengaruhi oleh pelbagai pihak. Namun bagaimana untuk kita dapat 'survive' di kampus dengan berjaya? sudah pasti bantuan dari dalam kalangan mahasiswa itu sendiri.

Kita punyai rakan-rakan, kita punyai pensyarah, kita punyai kemudahan.pilihla yang mana anda sukai. Namun jika tersalah pilih bantuan hanyutlah kita. Mahasiswa Islam adalah unggul dalam peribadinya. Namun saya agak pelik dan jelak dan jemu melihat persekitaran kampus. Rakan-rakan yang sedia ada seolah-olah 'bermain-main' dengan alam kampus yang senang-lenang.Pelik..Hairan..jemu!

Saya beranggapan anda yang bergelar mahasiswa dan yang paling penting mahasiswa Islam, perlulah berintegriti dalam segenap perkara. Ketahuilah landasan syariat Islam yang telah anda pelajari. Mana mungkin anda ingin melakukan perkara yang melalaikan di dalam perkara yang bermanfaat? itulah yang anda sering minati.....

Mahasiswa yang budiman. Tidak pernah melihat rakan-rakan sekeliling sebagai bahan gelak ketawa. Bahkan mahasiswa yang berwawasan dan berpendirian, mereka akan sentiasa inginkan perubahan bersama dalam menuju pembangunan seiring syariat Islam yang telah diajarkan.Membangunlah Bersama Mahasiswa. Mereka yang berfikiran sebegini sudah pasti adalah aset penting bagi dalam kalangan mahasiswa yang lain. Rakan-rakan yang lain iaitu Mahasiswa itu sendiri perlu bersama-sama membangun dalam berganding bahu mengutarakan hak kebajikan di alam kampus.Kamulah suara perubahan.

Thursday, September 30, 2010

Berjalan di Atas Air?



Bismillah~
Boleh ke jalan atas air? boleh jika kita lihat dalam gambar di atas. Ya memang itu serangga. Pening juga saya untuk mengaplikasikan nya untuk manusia berjalan atas air. Manakan tidak, jika dapat direalisasikan maka kita bebas untuk berjalan atas air.

Baiklah. Kenapa fenomena pada serangga itu berlaku? Ini kerana, dalam dunia fizik hal ini disebut Permukaan Tegang atau "Surface Tension". Anda sudah pasti cukup biasa mendengar istilah tersebut. Namun jika diamati, tidak semudah itu yang perlu kita ketahui. Kaitannya dengan molekul yang berada di permukaan air dan di bawah air. Ianya juga ada kaitan pula dengan jisim sesuatu benda yang berada atas permukaan cecair. Jika kita lihat serangga itu, kakinya cukup ringan dan agak mustahil untuk menembusi permukaan air bahkan ia boleh bebas berjalan.


Sebenarnya, jika dikaji secara terperinci istilah-istilah seperti "Wetting" "Contact Angle" "Cohesive Force" dan sebagainya perlu diambil kira. Kerana ianya perlu dalam seorang saintis yang melontarkan idea 'Gila' untuk kesenangan manusia. Seperti saya kata di atas, jisim. Adakah cukup untuk kita memikirkan manusia perlukan jisim yang ringan seringan serangga untuk berjalan di permukaan air? oh tidak semudah itu yang dapat saya ungkapkan. Sungguh terbatas dalam berfikir. Namun ianya cukup memeningkan saya dalam terjah untuk bergelar saintis. Namun, ianya menarik jika kita melihatnya dari segi cara ianya berlaku dan Fizik telah menceritakannya!

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-




Monday, September 27, 2010

Universiti Kebangsaan Malaysia Kini dan Selamanya...



Bismillah~
Kini dan selamanya. Alam kampus menjanjikan satu perubahan drastik dalam setiap mahasiswa dalam konteks pengurusan diri. Saya melihat dari sudut merekamenguruskan sistem pengurusan diri amatlah kacau-bilau. UKM Bangi khususnya tempat pembukitan ilmu, ilmu sungguh meluas-mencapah dari segenap fakulti yang ada.

Mahasiswa dikatakan golongan cerdik pandai. Saya akui. Tapi, sekadar cerdik pandai tidak mendatangkan keterbukaan diri mahasiswa. Lihat sahajalah pilihan raya kampus (PRK), golongan-golongan 'cerdik-pandai' memandang enteng perkara tersebut. Di benak fikiran mereka memikirkan, belajar di kampus tidak perlu dengan perkara-perkara seperti PRK ini. "Ah mengarutlah!" "buang masa lah bende tuh!" << saya naik jemu akan alasan-alasan golongan ini. Mahasiswa yang memikirkan dirinya ada hak dalam keadilan pasti tampil berani menyuarakan pandangan mereka.

Saya turut melihat, mahasiswa amat malas dalam mengetahui isu-isu semasa di negara mahupun dalam kampus UKM itu sendiri. MALAS. Sampai bila anda mahu menjadi 'Pak Turut' semata sedangkan benda yang benar harus disuarakan. Sebagai contoh, jika mahasiswa sudah menjelaskan yuran fakulti kemudian mereka semak semula beberapa bulan selepas itu dan mereka mendapati ada cas tambahan yang mereka belum jelaskan. << adakah anda mahu terus membayarnya tanpa bertanya kepada pihak sepatutnya? PAK TURUT? tak rugi anda menyuarakan ketidakpuashatian. Mungkin jika anda menyuarakannya, mahasiswa yang lain akan terlepas dari bebanan atas keprihatinan anda. Tidakkah begitu?

Kadang-kala pening juga saya memikirkan hal ini. UKM sudah cukup kelengkapan kemudahan yang ada. Namun, kepekaan mahasiswa dalam hal-hal kebajikan mereka perlu diutamakan kerana mereka sedang menuntut di UKM selama 3 4 tahun bahkan ke Master mahupun Ph.D. Pepatah melayu, "Berani kerana benar, takut kerana salah" berani ke kita? Mahasiswa pandai dari segi akademik tapi berani ke dalam tuntutan hak? Pertimbangan dari sudut akal mahasiswa perlu dimaksimumkan. Janganlah anda menyamakan dengan politik di luar. Politik kampus lain dari perlaksanaan. Janganlah anda memandang "POLITIK" itu benda yang kotor,sensitif,jahat dan sebagainya.

Berpihaklah pada kebenaran. Cakna dan peka terhadap isu-isu mahasiswa. Timbang baik buruknya. Jangan mementingkan diri sendiri. Sokongilah pihak yang menyuarakan kebenaran dalam membela mahasiswa khususnya di UKM Bangi ini. Niat mereka adalah membela kita, bukan niat yang mahu merosakkan mahasiswa.

Akhir kata,
Mahasiswa ada kuasanya dalam menjadi agen perubahan.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-Kembara Seorang Muslim-

Monday, September 20, 2010

'Masa' Jadikan Latihan Diri



Bismillah~
Terasa pula akhir-akhir ini diri jadi semakin sibuk. Namun itu yang saya mahukan. Kenapa?

Kerana kesibukkan itu mengajar erti kematangan dalam diri terutama diri bergelar mahasiswa.Sudah pasti bebanan atau saya boleh katakan 'STRESS' itu wujud jika terlalu banyak perkara yang kita hadapi.Tenang..
Apa yang saya boleh perkatakan adalah pengurusan masa yang bijak serta praktikal.Kenapa praktikal? ya,praktik kan apa yang telah kita rancang dalam menguruskan masa jangan pula tinggal sekadar perancangan tanpa praktikalnya.Sudah pasti sia-sia..satu pepatah arab yang boleh saya kongsikan iaitu "statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya"

Realitinya itulah yang sering terjadi malahan ianya berlaku dalam diri saya yang kurangnya praktikal dalam realiti. Cantik sudah kita menyusun masa yang dikurniakan Allah SWT selama 24 jam dengan tersusun rapi tetapi adakah kita mampu mempraktikkan secara istiqomah(berterusan) akan apa yang kita rancangkan? kita mampu melaksanakannya. InsyaAllah

Komitmen kita dalam hal-hal yang kita ceburi dijadikan medan dalam menguji sejauh mana kita mengutamakan apa yang perlu. Itulah seni dalam menguruskan masa yang bijak serta praktikal. Anda perlu memikir bahawa situasi sekarang ini adalah pelajar dan adakah ianya cukup sibuk sehinggakan tidak dapat menguruskan masa dengan baik? jika saya tambahkan seorang pelajar yang sudah berumahtangga bagaimana pula? Mereka ada yang cemerlang dalam akademik serta ibadahnya tanpa masalah dan itu yang menjadikan kita tiada alasan dalam tidak dapat menguruskan masa dengan BIJAK dan PRAKTIKAL. Titik tolaknya adalah seni itu dipelajari dan direalisasikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. Surah Al-'Ashr (Ayat 1-3)

InsyaAllah saya,anda dan KITA mampu menguruskan masa dengan BIJAK serta PRAKTIKAL.

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
kembara seorang muslim 10'

Saturday, September 18, 2010

Perjalanmu jauh,jauhhhh.....


yeah,sungguh jauhhh..jauhnyeeee
bagi manusia yang punyai matlamat hidup mereka dalam mengejar redha illahi..kadang-kala manusia tewas semasa perjalanan mereka,tewas yang mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka sudah tewas.Mereka turut tidak ambil tahu akan situasi mereka berada di tahap perjalanan sama ada jauh atau dekat atau tiada ape2.

Aku,
tergolong jua dalam manusia itu,
perlu banyakkan motivasi diri,
aku perlukannya...

Anda,
fikirkan potensi dan posisi diri,
dimana posisi anda? adakah hanya mengikut secara buta-tuli?
dimanakah potensi anda? adakah hanya mendiamkan diri tanpa khidmat diri?

Perjalanan kita masih jauh..jauuuhhh bagi mereka yang tahu matlamat besar seorang ISLAM.
Teruskan perjalanan anda dan saya,kita tempuh bersama..
biarlah jauh,asalkan nikmat penat lelah itu dibayar dengan nilai syurga oleh Allah SWT.
Marilah kalian,
JOM!

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
kembara seorang muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...