Thursday, September 30, 2010

Berjalan di Atas Air?



Bismillah~
Boleh ke jalan atas air? boleh jika kita lihat dalam gambar di atas. Ya memang itu serangga. Pening juga saya untuk mengaplikasikan nya untuk manusia berjalan atas air. Manakan tidak, jika dapat direalisasikan maka kita bebas untuk berjalan atas air.

Baiklah. Kenapa fenomena pada serangga itu berlaku? Ini kerana, dalam dunia fizik hal ini disebut Permukaan Tegang atau "Surface Tension". Anda sudah pasti cukup biasa mendengar istilah tersebut. Namun jika diamati, tidak semudah itu yang perlu kita ketahui. Kaitannya dengan molekul yang berada di permukaan air dan di bawah air. Ianya juga ada kaitan pula dengan jisim sesuatu benda yang berada atas permukaan cecair. Jika kita lihat serangga itu, kakinya cukup ringan dan agak mustahil untuk menembusi permukaan air bahkan ia boleh bebas berjalan.


Sebenarnya, jika dikaji secara terperinci istilah-istilah seperti "Wetting" "Contact Angle" "Cohesive Force" dan sebagainya perlu diambil kira. Kerana ianya perlu dalam seorang saintis yang melontarkan idea 'Gila' untuk kesenangan manusia. Seperti saya kata di atas, jisim. Adakah cukup untuk kita memikirkan manusia perlukan jisim yang ringan seringan serangga untuk berjalan di permukaan air? oh tidak semudah itu yang dapat saya ungkapkan. Sungguh terbatas dalam berfikir. Namun ianya cukup memeningkan saya dalam terjah untuk bergelar saintis. Namun, ianya menarik jika kita melihatnya dari segi cara ianya berlaku dan Fizik telah menceritakannya!

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-




Monday, September 27, 2010

Universiti Kebangsaan Malaysia Kini dan Selamanya...



Bismillah~
Kini dan selamanya. Alam kampus menjanjikan satu perubahan drastik dalam setiap mahasiswa dalam konteks pengurusan diri. Saya melihat dari sudut merekamenguruskan sistem pengurusan diri amatlah kacau-bilau. UKM Bangi khususnya tempat pembukitan ilmu, ilmu sungguh meluas-mencapah dari segenap fakulti yang ada.

Mahasiswa dikatakan golongan cerdik pandai. Saya akui. Tapi, sekadar cerdik pandai tidak mendatangkan keterbukaan diri mahasiswa. Lihat sahajalah pilihan raya kampus (PRK), golongan-golongan 'cerdik-pandai' memandang enteng perkara tersebut. Di benak fikiran mereka memikirkan, belajar di kampus tidak perlu dengan perkara-perkara seperti PRK ini. "Ah mengarutlah!" "buang masa lah bende tuh!" << saya naik jemu akan alasan-alasan golongan ini. Mahasiswa yang memikirkan dirinya ada hak dalam keadilan pasti tampil berani menyuarakan pandangan mereka.

Saya turut melihat, mahasiswa amat malas dalam mengetahui isu-isu semasa di negara mahupun dalam kampus UKM itu sendiri. MALAS. Sampai bila anda mahu menjadi 'Pak Turut' semata sedangkan benda yang benar harus disuarakan. Sebagai contoh, jika mahasiswa sudah menjelaskan yuran fakulti kemudian mereka semak semula beberapa bulan selepas itu dan mereka mendapati ada cas tambahan yang mereka belum jelaskan. << adakah anda mahu terus membayarnya tanpa bertanya kepada pihak sepatutnya? PAK TURUT? tak rugi anda menyuarakan ketidakpuashatian. Mungkin jika anda menyuarakannya, mahasiswa yang lain akan terlepas dari bebanan atas keprihatinan anda. Tidakkah begitu?

Kadang-kala pening juga saya memikirkan hal ini. UKM sudah cukup kelengkapan kemudahan yang ada. Namun, kepekaan mahasiswa dalam hal-hal kebajikan mereka perlu diutamakan kerana mereka sedang menuntut di UKM selama 3 4 tahun bahkan ke Master mahupun Ph.D. Pepatah melayu, "Berani kerana benar, takut kerana salah" berani ke kita? Mahasiswa pandai dari segi akademik tapi berani ke dalam tuntutan hak? Pertimbangan dari sudut akal mahasiswa perlu dimaksimumkan. Janganlah anda menyamakan dengan politik di luar. Politik kampus lain dari perlaksanaan. Janganlah anda memandang "POLITIK" itu benda yang kotor,sensitif,jahat dan sebagainya.

Berpihaklah pada kebenaran. Cakna dan peka terhadap isu-isu mahasiswa. Timbang baik buruknya. Jangan mementingkan diri sendiri. Sokongilah pihak yang menyuarakan kebenaran dalam membela mahasiswa khususnya di UKM Bangi ini. Niat mereka adalah membela kita, bukan niat yang mahu merosakkan mahasiswa.

Akhir kata,
Mahasiswa ada kuasanya dalam menjadi agen perubahan.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-Kembara Seorang Muslim-

Monday, September 20, 2010

'Masa' Jadikan Latihan Diri



Bismillah~
Terasa pula akhir-akhir ini diri jadi semakin sibuk. Namun itu yang saya mahukan. Kenapa?

Kerana kesibukkan itu mengajar erti kematangan dalam diri terutama diri bergelar mahasiswa.Sudah pasti bebanan atau saya boleh katakan 'STRESS' itu wujud jika terlalu banyak perkara yang kita hadapi.Tenang..
Apa yang saya boleh perkatakan adalah pengurusan masa yang bijak serta praktikal.Kenapa praktikal? ya,praktik kan apa yang telah kita rancang dalam menguruskan masa jangan pula tinggal sekadar perancangan tanpa praktikalnya.Sudah pasti sia-sia..satu pepatah arab yang boleh saya kongsikan iaitu "statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya"

Realitinya itulah yang sering terjadi malahan ianya berlaku dalam diri saya yang kurangnya praktikal dalam realiti. Cantik sudah kita menyusun masa yang dikurniakan Allah SWT selama 24 jam dengan tersusun rapi tetapi adakah kita mampu mempraktikkan secara istiqomah(berterusan) akan apa yang kita rancangkan? kita mampu melaksanakannya. InsyaAllah

Komitmen kita dalam hal-hal yang kita ceburi dijadikan medan dalam menguji sejauh mana kita mengutamakan apa yang perlu. Itulah seni dalam menguruskan masa yang bijak serta praktikal. Anda perlu memikir bahawa situasi sekarang ini adalah pelajar dan adakah ianya cukup sibuk sehinggakan tidak dapat menguruskan masa dengan baik? jika saya tambahkan seorang pelajar yang sudah berumahtangga bagaimana pula? Mereka ada yang cemerlang dalam akademik serta ibadahnya tanpa masalah dan itu yang menjadikan kita tiada alasan dalam tidak dapat menguruskan masa dengan BIJAK dan PRAKTIKAL. Titik tolaknya adalah seni itu dipelajari dan direalisasikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. Surah Al-'Ashr (Ayat 1-3)

InsyaAllah saya,anda dan KITA mampu menguruskan masa dengan BIJAK serta PRAKTIKAL.

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
kembara seorang muslim 10'

Saturday, September 18, 2010

Perjalanmu jauh,jauhhhh.....


yeah,sungguh jauhhh..jauhnyeeee
bagi manusia yang punyai matlamat hidup mereka dalam mengejar redha illahi..kadang-kala manusia tewas semasa perjalanan mereka,tewas yang mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka sudah tewas.Mereka turut tidak ambil tahu akan situasi mereka berada di tahap perjalanan sama ada jauh atau dekat atau tiada ape2.

Aku,
tergolong jua dalam manusia itu,
perlu banyakkan motivasi diri,
aku perlukannya...

Anda,
fikirkan potensi dan posisi diri,
dimana posisi anda? adakah hanya mengikut secara buta-tuli?
dimanakah potensi anda? adakah hanya mendiamkan diri tanpa khidmat diri?

Perjalanan kita masih jauh..jauuuhhh bagi mereka yang tahu matlamat besar seorang ISLAM.
Teruskan perjalanan anda dan saya,kita tempuh bersama..
biarlah jauh,asalkan nikmat penat lelah itu dibayar dengan nilai syurga oleh Allah SWT.
Marilah kalian,
JOM!

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
kembara seorang muslim

Tuesday, September 7, 2010

Macam mana ni?


Assalamua'laikum,
hmm..bolehkah bukit terhakis oleh 'proton-decay'?

jika wujudlah perkare ini, dah banyak la bukit-bukit menjadi mangsa :-)
kereta pon susah nak lalu, nasib baik bukan kereta proton :-)

jika perkara seperti kartun diatas berlaku pada anda,anda akan tunggu disitu atau cuba usaha untuk bersihkan sikit halangan-halangan batuan untuk melepasinya?

entah-entah bukan tunggu je. tanpa semangat nan luar biasa, lalu berpatah balik putus asa.

hmm..jika ada keazaman untuk pergi ke destinasi dituju pasti anda akan berusaha untuk melepasinya.
anda tidak nampak,
erm kalau saya gambarkan, nyawa anak anda terancam oleh musuh zionis seberang sana.....bayangkan~
adakah anda berdiam diri,membisukan diri sedangkan nyawa anak anda terancam?

tidak bukan!

secara 'burning-desire' atau keinginan berapi menyala-nyala secara tidak sedar untuk pergi berusaha melepasi halangan di hadapan demi menyelamatkan anak tercinta..

~fikir-fikirkan lah~

-ilham idea variasi "burning-desire" dari saifulislam-

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-


Sunday, September 5, 2010

Terjumpa sesuatu...


Assalamua'laikum
apa kabar wahai pelayan blog ku ini? semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dengan rahmat Allah SWT. baiklah..menarik sungguh jika sudah berada di akhir2 bulan ramadhan ini, yelah di akhir2 ramadhan pelepasan diri dari api neraka kn..tapi sungguh ramai manusia yg alpa akan ganjaran ini. manusia sungguh teruja dengan materialistik melampau sehinggakan keperluan2 raya "perlu" untuk diperbaharui sepenuhnya. pelik...ini lah yang terjadi,dianggap fenomena luar biasa tapi sudah menjadi seperti biasa pula. saki baki aku sebelum pulang ke kampung halaman di ukm ni sungguh sunyi tanpa "bising" oleh manusia "senior" lah kononnya di tahun lahir tapi tidak di akhlak murni nya. kolej kediamanku yang sebelum ini sungguh sarat dengan manusia sibuk akan perihal2 kolej,mengutamakan KO-K dan sebagainya namun sekarang ini aku rasa

tenang kerana mereka sudah pulang ke kampung halaman masing-masing sedang aku masih di sini mencari ketenangan illahi. bulan ramadhan,dia yang akan meninggalkan kita sudah pasti akan mengharapkan apa yang diajarkan olehnya mengenai cara kita untuk bangun malam,bertadarrus dan sebagainya akan dilaksanakan di bulan2 berikutnya. itulah harapannya. adakah kita mahu menghampakan harapan dia tatkala dia berpisah dari kita untuk sekian lamanya untuk kita tatapi dia selepas itu jika diizinkanNYA?? muhasabah diri. Dia sudah latih kita untuk berpuasa,berjimat, mujahadah dalam lwn nafsu, perbanyakkan amalan sunnah dan sebagainya..jadi kitalah yang perlu gunakan apa yang telah dilatih oleh dia untuk terus istiqomah dalam pengurusannya. hmm...pada suatu hari, aku menjalani ibadah isyak dan terawih di masjid hassanah..tidak cukup dengan itu, dijamah pula dengan santapan tazkirah yang mantap. sementara diriku sedang asyik mendengar tazkirah penuh bertenaga..mataku terlihat dua kanak-kanak.aku tertarik bahkan ingin terkeluar air mataku melihatnya apabila otak muhasabah tatkala melihat situasi itu. 2 org kanak-kanak ini sungguh comel berpakaian jubah putih serta berkopiah putih..aku menaruh minat melihat mereka apabila adik tu memegang tangan seorang lagi td (mungkin adik dia sebab kelihatan lebih tua sedikit..) si abang memegang tangan adik dia,pimpin sehingga satu tempat..lalu barulah aku tahu mengapa abg dia pimpin tangan adik tu tadi..kerana adik tu bisu dan mungkin kurang penglihatan mata. Aku rasa sedih melihat gelagat mereka semasa aku sedang bersila menatap mereka dari jauh..adik tadi bermanja-manja dengan abg nya seolah-olah mahu berborak sesuatu..adik dia melakukan isyarat tangan seperti inginkan mengajak abg dia sesuatu..bukan main lagi..beria-ia benar.. :) a dik tu tadi siap tepuk2 badan abg dia..lalu abg dia turuti kehendak adiknya tadi..berjalan sambil abg memimpin tangan adik yang bisu tadi keluar dari masjid..aku tidak tahu mereka amhu kemana..tapi aku sedih di hati melihat adik dan abg tu tadi. sungguh besar ujian oleh Allah kepada adik2 tadi. aku bersyukur kerana cukup lengkap anggota 4 keratku..situasinya cukup membuatkan aku terleka sebentar dari mendengar tazkirah. hmm..tak mengapa. semoga mereka kelak memperjuangkan islam. :)

itulah kehidupan, jika mahu belajar dari persekitaran, keluarlah, musafirlah, lihatlah dunia nan luas ini, ragam manusia mencorakkan kehidupan, meneliti ragam, muhasabah diri, semoga adik-beradik tadi tetap dalam hubungan keakraban, nilailah setiap apa diperhati, gerakkan hati, gerakkan minda, bicaralah dengan kata hati, muhasabah diri, dalam menjana transformasi diri.

aku beransur pulang..ke kolej kediaman..
itulah yang daku jumpa..jumpa atau TERjumpa sesuatu semasa 'kembara' ke masjid. sekurang-kurangnya aku mendapat 'sesuatu' dalam diriku untuk aku muhasabah diriku yang masih banyak kekurangan. akhir kata, dalam menghadapi zaman ini,zaman yang penuh tipu daya..dekatkan diri dengan Maha Pencipta,Allah. Freemason = Illuminati = Dajjal senantiasa mencari gerak halusnya dalam menghancurkan ISLAM dan agama2 lain. mungkin posting selepas ini, akan saya cuba 'copy-paste' artikel2 rencana proksi2 mereka.

akhir kata..
mohon maaf jika blog ini atau kata-kata yang tidak mudah diterima telinga..maaflah
sekian..

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-

Thursday, September 2, 2010

Catatan Santaiku...


Assalamua'laikum.
kisah daku dalam fasa kampus kadang kala mengheret aku ke lembah kesibukkan tidak kiralah dalam akademik mahupun organisasi,itulah penyebabnya. Seperti sudah terbiasa dalam diri,apabila bilik menjadi destinasi terakhir dalam meronta satu kampus mencari ilham, membuka laptop atau komputer riba sekaligus memasuki alam maya yakni internet. Aku kadang-kala tewas dalam 'facebook' kerana cenderung dalam membaca status para penggemar 'facebook' sehinggakan diri ini terlupa pada rutin harian seorang bujang yang berkelana. Nahh..bajuku yang bertimbun tidak kuhiraukan sejak beberapa hari menyebabkan hatiku merasakan 'sesuatu'. Mulalah kudrat yang Allah bagi anggota 4 kerat menjalankan operasi.basuh...suatu ketika, aplikasi yahoo messenger dibuka.aku seakan-akan akan menemui ilmu baru.selang beberapa minit, yaa tiba-tiba rakan seperjuanganku di teknik mula berbicara denganku dimulakan lafaz doa' Assalamua'laikum. seperti biasalah perbualan seorang rakan yang lama tidak dihubungi,apa kabar..belaja mana...dsb. Tidak hanyut dibuai dengan cerita lagha' kami membuka gelanggang diskusi. Menceritakan perjuangan seorang muslim, seterusnya sudah pasti satu bait kata-kata yang dikongsi oleh beliau kepadaku :

manusia leka dan alpa dgn kebijaksanaan ku
hnya reti memuji
tapi lupa pada paha pencipta
puji pada wajah kurupa
kepandaian ku
tapi tidak hargai kurniaan tuhan padaku
nmpak yang tersurat tp buta pd tersirat
-adi putra-

aku terkesima tatkala meneliti bait-bait ini,dinukilkan oleh adi putra dimana manusia tidak lari dalam memuja akan kebijaksanaan seseorang namun kebijaksanaan tersebut datangnya dari Maha Pencipta yakni ALLAH SWT. jangan mudah leka dan alpa akan sesuatu kesenangan bahkan perlulah bersyukur akan nikmat yang diberikanNYA. Diskusi kami diakhiri dengan suatu azam untuk berkongsi ilmu pelbagai...selepas itu, ya aku terus mengelamun,termenung berfikir...andaikan aku dijadikan pintar adakah aku masih ingat untuk bersyukur akan anugerah tersebut? hmm..akibat kerutan dahi muncul,mula untuk melakukan sesuatu. Jam seperti biasa menjalankan tugasnya untuk memberitahu masa kepadaku untuk pergi ke kelas berikutnya setiap hari. sejurus ku melangkah keluar dari pintu bilik ku, seolah-olah seperti ingin ku mengembara mencari sesuatu yang baru. Dunia luar tak seperti dunia di bilik..ragam manusia mencorakkan kehidupan. Aku melangkah dengan pengharapan kepadaNYA agar redha Allah akan kutemui jua....................................

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
kembara seorang muslim

Monday, August 30, 2010

Akademi Fantasia VS Imam Muda


Assalamua'laikum
Menarik jika kita lihat kemunculan program berunsurkan islam di kaca 'kotak hitam' di zaman serba sekularisme ini. Pengkupasan tajuk ini sudah pasti membuatkan sesetengah pihak muncul dengan ketidakpuashatian mereka terhadap pembangkangan program realiti seperti akademi fantasia diteruskan. Sungguh pelik. Namun itulah yang sebetulnya, secara fitrahnya sudah tentu manusia inginkan hiburan dalam diri mereka. Lihat pula manusia turut inginkan pasangan hidup dalam bercinta.Itu Fitrah. Tetapi dalam mengapai fitrah itu perlu berlandaskan syariat yang diajar dalam Islam itu sendiri. Berbalik kepada hiburan itu tadi, adakah anda melihat akademi fantasia itu suatu yang menghiburkan dari segi menenangkan hati?minda? atau adakah sebagai pembaziran masa,wang,perasaan dan sebagainya? Lihatlah, hiburan seperti ini tidak datangkan banyak faedah dalam diri kita yang muslim ini. Mengapa akademi fantasia digila-gilakan tetapi program berunsurkan islam seperti imam muda dipandang enteng? sungguh amat2 pelik sekali penerimaan manusia. Adakah anda tidak mahu diejek oleh rakan-rakan dengan panggilan "ustaz" atau "ustazah"?? sungguh pelik manusia hari ini. Seolah-olah tidak mahu menyerapkan ilmu2 agama dalam diri. Apa salahnya kita melihat program2 islam,membaca artikel2 islam,menelaah sirah2 Nabi. Jika kita disibukkan dengan perkara-perkara yang duniawi,sampai bila kita hendak mengenal islam dengan lebih mendalam? Bukalah minda, carilah alternatif lain untuk perubahan diri ke arah menghayati islam yang anda anuti itu. Islam cukup indah. Islam terbukti benar dalam pelbagai sudut kehidupan. Hiburan yang melampau boleh membuatkan anda leka dan alpa dihanyut arus. Anda boleh menghabiskan masa dengan hanya melihat AF(akademi Fantasia) selama 3jam tapi anda tak pula habiskan masa untuk membaca Al-Quran selama 3jam??? muhasabahlah diri...bagi saya,3jam tu cukup2 bermakna jika kita pandai manfaatkan. Anda menangis sebab peserta akademi fantasia terkeluar tetapi anda tidak menangis pula bila nyawa saudara palestin kita digadai??? bukan setakat di palestin sahaja bahkan umat islam yang ditindas di seluruh dunia..tidakkah anda perasan? oh ya saya lupa,anda tidak perasan sebab dihidangkan dengan hiburan melampau seperti akademi fantasia ini rupanya..

ubahlah sikap anda wahai saudaraku,
pandanglah ke arah jalan yang lurus,
tetapkan fikiran islam yang jitu,

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
kembara seorang muslim

Sunday, August 22, 2010

Terokai tempat baru wahai Pengembara...


Assalamua'laikum,
ape lagi la kali ini yang mahu aku celotehkan pada hening pagi yang indah ini ya? oh ya..si pengembara tu sekarang ni dah di mana agaknya destinasinya..?Mungkin sedang berehat? mungkin sedang beribadat? hmm..mungkin juga sedang menaip? fikir-fikirkan ye..

Aku berjalan menyusuri pelbagai bentuk 'jalan' dan sudah pasti aku akan ber'singgah' ke mana-manaa tempat baru tatkala ingin melepaskan penat lelah. Aku lebih suka untuk memerhati keadaan sekeliling aku dan yang paling aku mahukan ialah apabila di tempat baru aku jejaki. Memerhati dan berfikir, bukan hanya kita duduk diam sahaja tetapi fikir dalam konteks untuk membina diri kita ke arah yang lebih baik atas keberkesanan muhasabah diri. Jika aku hanya suka duduk diam sahaja, tak kemanalah cita-cita aku...teringin juga untuk aku kongsikan hasil analisis ragam manusia hanya sepanjang satu hari sahaja di sini..mungkin lain hari :) aku terfikir, jika seseorang itu salah itu ini..apa tindakan kita atau apa cara kita untuk perbetulkannya? hmm..sungguh banyak sekali manusia kini melanggar ajaran-ajaran Islam yang syumul itu sendiri. Adakah kita atau mereka sedar atau tidak? tepuk dada tanya iman masing-masing.

Penulisanku di blog yang serba kekurangan ini hanyalah untuk perkongsian ilmu sains dalam konteks islam itu sendiri. Namun, ilmu yang sedia ada belum lagi disahkan oleh para guru sainsku untuk aku berkongsi bersama para 'pengembara' alam maya kerana aku mahukan kongsi ilmu yang sahih serta dapat membuka mata kita seluas-luasnya bahawa pandanglah sains ini dalam islam. Kronologi tokoh-tokoh sarjana islam terdahulu, cara mereka berfikir, cara mereka beribadah, cara mereka merujuk Al-Quran dalam ilmu sains dan sebagainya.

Mungkin selepas ini akan ku biacarakan mengenai FIZIK. Jika pelajar menengah atas pasti akan rasa gerun akan FIZIK. Tetapi mengapa tidak kepada aku? :) pada mulanya gerun,kemudian rindu.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-

Thursday, August 19, 2010

Apakah ini dipanggil sains?


Assalamua'laikum,
Jika ditranslasikan ke bahasa inggeris sudah tentu - "What is this thing Called Science?" inilah judul buku falsafah sains yakni secara pemikiran saintifik. Berguru dengan Prof.Dr.Roslan dalam bidang ini cukup membuatkan aku terkapai-kapai dalam imaginasi saintifik. Petikan kata-kata beliau :
" Saya ajar kamu semua sebagai seorang ahli fikir..."

sudah terbukti kata-kata beliau, namun ianya membuatkan kita lebih matang dalam cara berfikir. Buku ini merungkai mengenai falsafah-falsafah sains dimana para saintis tidak boleh tidak perlu adanya falsafah sebelum menerbitkan teori baru. Berbalik teori itu tadi, bagaimana jika kita ingin menerbitkan satu teori dengan cara yang mudah? sudah tentu jika ingin menerbitkan teori kita perlu dilengkapi dengan pelbagai fakta-fakta, pembuktian itu ini namun sikap manusia tidak akan mudah percaya akan apa yang diterbitkan oleh kita sendiri walaupun kita akui itu benar. Namun cara mudahnya ialah dengan kaedah 'Falsificationisme' - falsi atau maksud lain, ketidakbenaran,ketidaksahihan atau perkataan lebih mudah 'Pemalsuan'. Apa yang hendak saya katakan ialah, dengan cara 'pemalsuan' itu kita akan cuba 'mencabar' teori asas itu tadi. Jika kita berjaya merealisasikan bahawa teori itu berjaya 'dipatahkan' maka kita sudah berjaya mencipta satu penemuan baru. Sebagai contoh :

Kita tahu warna merah itu merah. Tapi setujukah anda jika saya katakan merah itu sebenarnya bukan merah..

itulah cara ungkapan kita 'memalsukan' apa yang kita anggap memang benar kejadian itu. Dengan itu, wujudlah pemikiran kita untuk mengorek yang merah itu bukan merah. merah ada banyak, merah hati, merah darah dan sebagainya. Adakah 1+2= satu balik? sudah pasti tidak..jadi jika merah campur coklat sedikit pasti tidak menjadi merah tetapi merahnya ada hanya situasi warna berbeza. Kita bergerak ke dalam lagi, kita boleh berubah dengan masa. anda setuju? sekejap lagi pasti anda akan menutup blog saya bukan? jadi kita akan berubah dengan masa. tetapi, kita boleh 'program'kn masa itu dengan merancang sesuatu terlebih dahulu. Kita sekarang ini hanya sebagai consumerisme semata-mata kerana sains itu ada produk manakala falsafah tiada produk. Kerana kita sains hanya selidik-selidik kemudian untuk memuaskan penyelidikan dengan mencipta 'devices' atau alat padahal sebelum ianya berlaku,wujudnya falsafah terlebih dahulu. Tidak hairanlah dahulu kala aristotle terkenal dengan falsafah beliau yang pelbagai. tidak lupa juga sarjana islam yang turut melahirkan para pemikir-pemikir falsafah yakni mereka menggabungkan falsafah-falsafah terdahulu.

"dalam 'masa' ada 'ruang',dalam 'ruang' ada 'kuasa' "

Akhir kata, dengan sains jua boleh mengajak kita untuk mengenal Allah SWT. Dalam Ayat-ayat Al-Quran turut banyak memperkatakan tentang kejadian manusia.prosesnya..gunung-ganang, proses hujan dan sebagainya. Itu semua sains. Ingat, bahawasanya Allah jualah yang maha kaya ilmuNYA.

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
-kembara seorang muslim-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...