Tuesday, May 15, 2012

Antara Warna Baik atau Warna Buruk

Bila Negara itu ditadbir dengan warna jahat, maka coraknya sudah tentu tidak cantik bahkan huru-hara jadinya. Persoalannya, bagaimana mata yang melihat ini menafsirkan warna itu baik atau jahat? Padahal mata kita semua sama sahaja. Jika berpandu pada ilmu sains, bila kita melihat sesuatu, mata akan mendapat signal lantas dipacu terus ke sel-sel otak untuk membuatkan kita mendapatkan output atau tafsiran yang akan diterjemah pada mulut.

Tapi…adakah sel-sel otak kita ini berbeza-beza setiap orang? Sehinggakan wujud dua penafsiran sama ada warna itu baik atau buruk.

Inilah realiti masyarakat di setiap Negara, baik di eropah, asia atau timur tengah atau di mana-mana sahaja Negara, perkara ini pasti wujud. Manusia ini sebenarnya tidak kenal bahkan tidak ingin ambil tahu fitrah kewujudan manusia sebenar di atas muka bumi ini. Bukankah kita semua baik-baik belaka sama ada yang menganut agama Islam atau lain-lain agama, semuanya semasa di alam roh telah taat janji setia untuk senantiasa menyembah Allah SWT yang Maha Esa? Semua manusia itu lumrahnya punyai sifat yang sangat baik tiada kotornya.

Maka dengan itu, manusia ini sebenarnya mampu melihat warna Negara nya sendiri dengan menselarikan dengan fitrah manusia. Jikalau negaranya itu bergelumang dengan rasuah, adakah masih kita ingin katakan Negara kita itu bebas dari rasuah? Semata-mata ingin melihat warna Negara nya sendiri tidak dicalar padahal ianya sudah calar-balar.

Politik itu ilmu. Ilmu mentadbir. Bila disebut ‘ilmu’ sudah tentu ianya datang dari Allah SWT Yang Maha Bijaksana bahkan ilmu itu digunapakai untuk kemudahan dan kesenangan di dunia agar kehidupan ini diberkati Allah untuk kita membawa bekalan di kehidupan selepas mati yang kekal abadi yakni di akhirat kelak.

Bila sesebuah Negara itu ditadbir dengan warna yang kurang menarik, maka politiknya juga tidak menarik. Disebabkan warna itu juga mempengaruhi politik. Maka, politik itu mula menjadi KOTOR sepertimana kotornya warna itu walaupun cantik di mata-mata manusia yang tegar mempertahankan kecantikkan itu walau hakikat warna itu sudahpun KOTOR. Bukankah kita sudah bincangkan di atas iaitu ilmu itu memudahkan manusia tetapi kini kenapa tidak sedemikian?

Apa yang jelas dan kekal adalah ‘ilmu’ itu memudahkan manusia. Ilmu itu juga datang dari Allah SWT yang Maha Bijaksana. Itu PASTI. Bagaimana ilmu itu menjadi KOTOR adalah berpunca dari manusia yang mengamalkan ilmu itu. Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk mentadbir alam agar seluruh makhluk di atas muka bumi ini sentiasa diberkati Allah. Pada masa yang sama,untuk menggalas tanggungjawab mentadbir alam ini, Allah SWT menguji setiap manusia ini dengan NAFSU dan pelbagai ujian agar iman manusia itu sentiasa kuat agar manusia itu benar-benar serius untuk mentadbir alam ini dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Dengan itu, ilmu politik yang dianggap KOTOR itu adalah berpunca dari manusia yang kalah dengan hawa nafsunya sendiri yang sentiasa mengejar dunia tanpa melihat akhirat dengan perasaan takut. Lantas, ditadbirnya Negara itu berlandaskan ikutan hawa nafsunya semata-mata. Rosak warna itu.

Cukup kita mengambil contoh atau model ilmu politik yang BERSIH yang diamalkan sewaktu pentadbiran kerajaan Madinah dimana Perdana Menterinya adalah Nabi kita yang disayangi Nabi Muhammad SAW, Negara diwarnai dengan begitu cantik bahkan tenang melihatnya. Warna itu tersebar meluas di seluruh dunia dengan hanya mengamalkan Ilmu Politik yang BERSIH, ilmu yang datang dari Allah SWT dan diamalkan oleh hati yang BERSIH nan suci sudah tentu output nya juga cukup gemilang!

Warna apa yang sedang mewarnai dan mendominasi Negara kalian waktu ini? Fikir-fikirkan..

Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW!

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
13 Mei 2012

Comments
5 Comments

5 comments:

  1. mana warna tak jadi masalah, yg pentingnya mana parti juang bangsa Melayu dan Islam. Tentunya DAP yg paling rasis dan tak perlu wujud di Malaysia ni.........

    ReplyDelete
  2. Kenapa perlu kita berselindung dan tidak berterus terang. Kita diberi segala-galanya oleh Allah Subhanahuwatalla utk berfikir dengan waras dan baik. Petunjuk-petunjuk dah ada, so pilih utk semua. Pakatan atau BN?

    ReplyDelete
  3. Siapa yg meletakkan Islam sebenar?..................

    ReplyDelete
  4. Adik, saya bermegah kerana adik telah berada di atas sana. Lihatlah dengan mata hati, jgn terpengaruh kerana hanya perkara yg sangat kecil. Soal besarnya adalah Islam dan Melayu. Nenek moyang kita telah melalui pelbagai rintangan menentukan Islam dan Melayu terus berada di puncak pemerintahan. Masalah korupsi, penyelewengan dan sebagainya bukan disebabkan parti malah individu. Tidak ada parti yg benar-benar bersih kerana mereka tidak mempunyai cukup kekuatan akidah dan ketakwaan sebenar. PAS mahupun bukan Islam malah sekadar parti sama juga UMNO, BN dan PKR. Mereka menyelewengkan fakta dan mengkaburi mata atas kelemahan utk merebut kuasa bukan menegakkan Islam. Islam kadangkala diperjudikan, dihina oleh org asing bagi kepentingan parti mereka sedangkan org pemimpin Islam tidak boleh berbuat apa-apa walaupun mereka menyedari ia bertentangan dengan akidah dan amalan Islam. Apakah kita perlu berdiam diri? Utk menyokong parti ini yg berkerjasama dengan musuh Allah adakah jalan selamat dan terbaik. Musuh Allah akan mengunakan segala daya usaha dan cara utk memusnahkan kita.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita melihat dengan kacamata seorang pendakwah, dalam dunia politik pon kita tak mahu pisahkan soal dakwah. Jangan pula menilai sebuah parti itu memperjudikan Islam dek kerana bekerjasama dengan orang bukan islam. Perkara yang didakwahkan itu ramai yang tak tahu sebab dakwah itu berterusan, yang hanya ramai tahu mereka bekerjasama atas dasar politik semata-mata.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...