Wednesday, October 20, 2010

Kreatif dan Logik



Bismillah~
Jadi pandangan anda bagaimana? Logik jika cikgu itu betul-betul terbalikkan uji kaji itu? atau pemikir murid itu kreatif dari sudut 'gila'? Saya serahkan kepada anda.

Kadang-kala kita rungkaikan sesuatu atas memikirkan ianya logik atau tidak dan sudah pasti 'output' akan sukar untuk diluahkan kerana terlalu memikirkan logik. Tetapi jika kita berfikir dari sudut 'kreatif',akan terhasil pelbagai pandangan yang agak 'gila' di mata-mata individu. Namun, janganlah kita cepat melenting akan setiap pandangan yang dilontarkan atas alasan kerana pandangan tersebut tidak 'logik' dek akal. Bahkan kita perlu meraikan pandangan tersebut dan diperjelaskan persoalan itu dan ini demi kesesuaian dalam matlamat untuk dicapai sama ada ianya kritikal atau selesa.

Kita lihat sahajalah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang merupakan khalifah uthmaniyyah yakni ketika ingin menawan kubu terkuat ketika itu tidak lain tidak bukan kubu Constantinople. Beliau melontarkan idea 'gila' yakni ingin melepasi kapal-kapal perang beliau dari disekat oleh rantai besar yang dipasang oleh Byzantine dalam menyekat dari kapal perang untuk melaluinya. Maka beliau mengarahkan supaya kapal-kapal perang beliau untuk melepasinya dengan berlayar di daratan yakni 'berlayar' di atas bukit Golden Horn. Sudah pasti dengan cara 'gila' itu, Al-fateh berjaya menawan kubu Constantinople itu.

Cukup atas penceritaan ringkas itu, jadi bagaimana? Jika anda berfikir logik, sudah pasti anda akan bertarung nyawa dalam mempertahankan hujah agar tidak mahu kapal itu berlayar atas bukit kerana ianya gila dan tidak logik kapal boleh merentasi bukit! tidakkah begitu? jadi, jangan runsingkan kepala dalam memikirkan logik untuk menghasilkan tindakan susulan bahkan raikan segala pendapat sama ada gila atau tak..sama-sama kita fikirkan~

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-


Comments
4 Comments

4 comments:

  1. salam ziarah,mantap....dalam gerakan,"gila-gila" tu pnting...salah satu cara Edward de BoNO dalam melahirkan idea kreatif ialah berfikir secara gila2....biasanya trjadi apabila kita dalam keadaan tertekan contohnya dalam situasi provokasi...

    teringat kisah bagaimana Salman aL-Farisi mencadangkan agar digali parit disekeliling kota Madinah...trlampau gila idea tu pada amsa itu...tapi,sahabat menerima dan akhirnyha idea gila itu menjadi strategi yang begitu ampuh..

    keep it up akhi..

    ReplyDelete
  2. terima kasih ats satu lg kisah Salman al-Farisi. Ianya membuka mata ana dlm menambah koleksi penghujahan.

    keep it up akhi.. :)

    ReplyDelete
  3. Teringat satu kata-kata Aristotle- Imagination is more important than knowledge. Knowledge stays in ones mind while imagination encircle the world~

    Ibrah imaginasi, kreativiti dan 'gila-gila' :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian ilmu secara 'terdetik' kata2 aristotle itu ckup menarik dari pandangan sisi gerakan 'gila-gila' yang perlu ada dalam diri pejuang kebenaran. ana cukup meraikan kata-kata dari sarjana barat dalam memperlihatkan pemikir2 sarjana islam jua. :) terima kasih cik nura :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...