Wednesday, January 18, 2012

Kisah Budak Saintis : Permulaan Sebuah Kehidupan di Bumi Matrikulasi


Foto 2010 : Rakan-rakan praktikum F3P5 di Matrikulasi

Adakah perkara itu akan berulang kembali? Saat itu, tiada ungkapan yang dapat diterjemahkan melainkan air mata deras jatuh ke bumi kesyukuran kepada Allah.

Saat yang tidak akan saya lupakan.

Jejak kaki saya ke matrikulasi menjanjikan satu cabaran besar buat diri saya yang tidaklah bijak sebijak abang saya. Namun, atas usaha saya di teknik alhamdulillah Allah memberikan natijah yang setimpal dengan usaha, lalu meneruskan pengajian di matrikulasi. Mulalah doktrinisasi menerjah oleh setiap orang kepada saya.

Matrik susah!

Matrik kena 'rushing'!

Akhirnya saya nekad. Tetap dengan pendirian untuk teruskan pengajian di matrikulasi meskipun hati masih berbelah bagi. Berbelah bagi disebabkan melihat diri ini yang lambat tangkap semasa belajar apatah lagi apabila diberitahu bahawa matrik perlu 'rushing' dalam belajar kerana tempoh pengajian yang pendek iaitu selama satu tahun sahaja! Oh Allah..

Saya tetap ingin meneruskan pengajian. Mendapat tawaran ke Matrikulasi Melaka dalam jurusan Sains Fizikal selama satu tahun pengajian.

Percaya pada diri ketika itu. Penuh pengharapan saya kepada Allah, mak abah tiada menghalang bahkan memberi sokongan kepada saya.

SEMASA HARI PENDAFTARAN

"masih buruk lagi matrikulasi nih" abang saya mula mengkritik bekas matrikulasinya.
"entah, aduuh teknik dulu buruk takkan lah matrik pun buruk juga?" saya menambah perisa.

Hakikat memang itulah gambarannya. Bangunan matrikulasi yang berdindingkan batu-bata besar tanpa disimenkan apatah lagi dicat. Tapi realitinya, matrik ini telah mengeluarkan pelajar-pelajar yang berwawasan dan intelektual walaupun bangunan yang hidup segan mati tak mahu.

Proses pendaftaran sedang giat berlangsung. Kehadiran pelajar-pelajar baharu bersama-sama keluarga mereka menceriakan lagi suasana hari pendaftaran. Bahkan ada juga sampai 2 3 buah kereta yang hadir semata-mata ingin melihat anaknya belajar di matrikulasi. Di ruang-ruang wakaf telah dipenuhi oleh keluarga untuk bersama anaknya menjamu selera selepas selesai urusan penginapan asrama dan sebagainya. Pelbagai ragam waktu itu. Sungguh menceriakan suasana walaupun hati setiap pelajar baharu itu sedang berat untuk meninggalkan keluarga dan menyambung pengajian dalam suasana yang baharu dari sebelumnya.

Saya juga begitu.

MINGGU ORINTASI PELAJAR

Percaya atau tidak, inilah kali pertama saya berjauhan dengan mak abah. Hidup di suasana asrama, cuma di matrikulasi bilangan penghuninya sedikit iaitu satu bilik hanya 4 orang sahaja. Selesa.

Kalau kita sukar nak praktikkan kepentingan menepati masa, saya rasa minggu orintasilah medan latihan yang menguji diri terhadap menepati masa yang sesuai. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Al-'Asr yang bermaksud :

"Demi Masa!,(1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)"

Banyak perkara yang didedahkan kepada pelajar baharu oleh pensyarah-pensyarah dan fasilitator. Biasiswa, cara hidup, kursus, kokurikulum dan sebagainya diterangkan satu per satu. Fokus para pelajar ini mendengar dan ada juga yang mencatat dalam buku nota masing-masing. Maklumlah, pengajian mereka kali ini berbeza di alam persekolahan. Kalau boleh, hendak sahaja mereka rakam dengan perakam suara lalu didengar berulang-ulang. Takut-takut terlepas.

Setiap pelajar semasa minggu ini mereka perlu berpakaian kemas. Formal. Cukup teruja saya apabila melihat diri saya tatkala memakai pakaian kemeja berkolar,bertali leher dan berkasut kulit bewarna hitam. Gembira. Ada juga perasaan bangga diri.

"Matang juga aku berpakaian begini.." hati saya mula berbicara kecil. Baju kemeja yang saya pakai waktu itu adalah kepunyaan abang saya sendiri. Baju itulah yang abang saya pakai sewaktu dia berada di matrikulasi. Kasut, tali leher, semuanya kepunyaan abang saya. Hanya ada sehelai baju kemeja baharu kepunyaan diri saya sendiri yang dibeli oleh emak. Barangkali itu baju hadiah dari emak saya kerana gembira melihat anaknya dapat ke tawaran matrikulasi. Saya pun tidak menduga dapat baju tersebut.

Terima Kasih Emak!

Walaupun hari demi hari berlalu, minggu orintasi kian melabuhkan tirainya. Sungguh, mencari kawan-kawan baharu di tempat yang baharu ini cukup sukar. Sifat saya yang kurang peramah dengan orang menyusahkan lagi keadaan.

"afiq! jom kita pergi ke dewan kuliah 1. Jadual belajar ada ditampal kat situ dan pengagihan praktikum. Esok dah mula belajar, kalut nanti kalau tak tengok." rakan sebilik saya Mustaqim mengajak saya ke sana.

"oh yeke? jom!" Saya menerima pelawaan itu. Jujurnya, saya tidak tahu pula ada kenyataan jadual belajar dan pengagihan praktikum telah ditampal di sana. Mujur mustaqim mengajak saya. Tidaklah saya terpinga-pinga pada hari esok.

"err F3P5?" Saya mula kebingungan sebaik sahaja melihat nama saya tercatat dan mendapat praktikum F3. Saya menerima sahaja tanpa banyak soalan, jadual belajar mengikut praktikum saya catat sungguh-sungguh. Praktikum yang saya dapat ini adalah sama dengan apa yang abang saya dapat. Abang saya juga dahulu F3. Allah yang Maha Mengetahui.

Kembali ke asrama dengan perasaan semangat dan takut. Takut dengan situasi.

Esok bermulalah episod kehidupan dalam pengajian di bumi matrikulasi yang penuh cabaran dan ujian. Masih juga terngiang-ngiang di fikiran, adakah aku mampu untuk menamatkan pengajian matrikulasi ini? Jikalau abang aku, ianya memang mustahil kerana prestasi akademiknya yang cemerlang sejak UPSR lagi hingga ke SPM nya serta pelajar di MRSM Serting. Tetapi aku?

Budak teknik bukit piatu. Menaiki motosikal wave 100 ke sekolah tiap-tiap hari. Tidak bersungguh dalam kelas. Pernah ditampar oleh guru fizik.

Adakah aku mampu?

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
18 Januari 2012

Comments
10 Comments

10 comments:

  1. Jasad penulisan seperti Ustaz Hasrizal, namun kurang rohnya. Mungkin ada style sendiri. Isi sangat menarik, suka part kena tampar. Ana pun seperti enta, hidup sebagai pelajar sekolah pasti tidak lepas dengan teknik basuhan seperti tu. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca ^_^ tamparan itulah yang akhirnya menyambung pengajian di UKM dalam Fizik. Ada kisahnya yang masih segar dalam ingatan.

    ReplyDelete
  3. kISAH MENDAPAT KEPUTUSAN PERTAMA?
    mASIH TERINGAT2 PERISTIWA TERSEBUT, REBAH DENGAN MENITISKAN AIR MATA...
    mungKin kerana waqi' yg berbeza dan suasan yag lain. Jgn samakn zaman abad batu dgn zaman batu moden.. huhuhhehehehe

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum abang. saya salah seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran dalam institusi Matrikulasi Melaka lagi 2 minggu. Saya excited baca abang punya blog. Banyak cerita. Saya sedikit gementar , sebab saya rasa macam tak yakin jugak dengan pilihan saya. Saya akan ambil program Akauntasi. Saya cuma nak tips dari abang , sebab saya lemah Add maths. Hari tu SPM pun setakat lulus. Ada cara-2 yang boleh buat saya berjaya ? sebab saya nak banggakan keluarga saya.

    ReplyDelete
  5. boleh saya tny something,matrik kebykan nye assignment kena guna laptop or x berapa digunakan sgt?

    ReplyDelete
  6. betul ke kehidupan di matrik ni kena rushing??takut lah..saya pun dapat matrik melaka.takut tak boleh follow je..=(

    ReplyDelete
  7. @yayabeatrice : waa'laikumussalam, menarik pilihan adik tu, yakin pada diri solat istikhorah, abang pun SPM tak full A tapi rezeki abang dapat masuk matrik setahun bidang sains fizikal.

    yang penting, adik kena yakin dan fokus betul2 bila belajar kat matrik. yang menariknya, budak yang ambil akaun kebiasaannya selalu dapat 4.00 setiap sem maka adik jangan risau, percayalah akhir sem 2 nanti adik pasti merindui matrik lebih dari sekolah. :)

    @anonymous : assignment di matrik tak banyak memerlukan laptop, jika ada pun ada je kedai cyber untuk perkhidmatan tu, tapi masa zaman 2009 la, so far abang sekarang ini tak tahu mcm mana bentuk assignment..go on! :)

    @nur.shahirah47 : betul, tapi jika adik jaga solat 5 waktu dan fokus pada pelajaran, selalu jumpa pensyarah, adik pasti gembira masa kehidupan di matrik. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...