Wednesday, November 9, 2011

Kisah Dua Sahabat…




video

Suasana petang, mendamaikan jiwa.

Di tepian laut itu kami berjalan, berjalan dan terus berjalan. Meniti hari petang yang dihiasi sinaran mentari yang akan terbenam. Gelak riang anak-anak kecil bermain lagaknya dengan binaan istana pasir yang gah di mata mereka. Ibu bapa mereka lapang melihat telatah itu. Kami melihat sambil berjalan gelagat manusia di tepian lautan, cukup membuat kami tersenyum.

Kami duduk di batang pokok yang tumbang itu. Sambil melihat keindahan laut ciptaan Illahi.

(lagu dimainkan)

Zali : Fiz, lihatlah di depan kau tu..

Fiz : (membisu dan memandang ke laut)

Zali : Hmm, damaikan permandangan mcm nih..xleh bla..tambah angin2 cmni…

Fiz : yeah..agakla…

Zali : wei, kau rasa apa yang mereka sedang buat kat sane tu ek?

: maksud kau?

: maksud aku, apa manusia diseberang sana sedang buat..ko agak2?

Fiz : hmm..ntahla..mungkin sedang menangkap ikan2 di laut..untuk nafkah keluarga…

Zali : itulah pengorbanan seorang nelayan kepada keluarga mereka..gila lah!

: apa yg gila zali?

: gila laa..ko ingat senang ke nak tangkap2 ikan kat tengah2 laut tuu..dorang bukan hari2 tenang cmni jek pergi ke sana, hari2 ribut pon kadang-kadang ade yang sanggup semata-mata mencari rezeki..nyawa bro nyawa!

Fiz : hmm tol la kan..

Zali : meh aku ajak ko tenung nuuuuuun jauh sane..(sambil menunjuk ke laut meluas dengan jari telunjuk zali)

Fiz : hmm..

Zali : (diam seketika..) fiz..apa yang sedang sedare seakidah kita kat palestin sane tu buat ek? (smbil tunjuk lagi ke laut)

Fiz : Allah..kita mandi laut li..dorg mandi darah!

Zali : mandi darah untuk pertahankan bumi Aqsa bai..bukan calang2 tuu! Kiblat pertama umat…!

Angin tiba2 meniup laju..

Fiz : yeah..kita diserang zali..kita di alam ilusi skang ni..masih di awang-awangan, terkapai-kapai lemas kat laut depan tu ha..kita diserang dengan serangan pemikiran yang dahsyat!!

Zali : gazwatul fikr!

: yeah!

Zali : ni ha solusinya!! (smbil menunjukkan sesuatu yang dikeluarkan dari poket jaketnya)

Fiz : AL-QURAN…yea inilah solusinya, dalam menangkis serang2 jijik yang kita dapat ni..

Zali : ha kau dah hafal bape surah dah ni fiz..?? (sambil kening diangkat-angkat..)

Fiz : hahaha..aku..aku..hanya mampu tersenyum je lah hehe..

Zali : wei,,pejuang palestin sane tuu 30 juz ni macam air je.. (usik zali kepada fiz sambil terukir senyuman)

Fiz : kita sama-sama li..

Zali : yeah kita sama-sama ye..hehe

Mereka masih berada duduk di batang pokok itu, menatap laut di depan mereka. Saat yang menenangkan jiwa sambil bermuhasabah diri untuk menjadi lebih baik.

Semoga mereka tetap teguh dalam jalan kebenaran.

(kamera dihalakan ke langit biru)

TAMAT

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR

9 November 2011

13 Zulhijjah 1432

Comments
6 Comments

6 comments:

  1. yup2..berangan nak buat filem pendek.. :) hehe

    ReplyDelete
  2. jom buat filem pendek full HD, buat dkt PD...=)

    ReplyDelete
  3. haziq : HD aje ek hehe..suatu hari nanti yek :)
    Radhiah : gmbr cari kat google je hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...