Monday, August 30, 2010

Akademi Fantasia VS Imam Muda


Assalamua'laikum
Menarik jika kita lihat kemunculan program berunsurkan islam di kaca 'kotak hitam' di zaman serba sekularisme ini. Pengkupasan tajuk ini sudah pasti membuatkan sesetengah pihak muncul dengan ketidakpuashatian mereka terhadap pembangkangan program realiti seperti akademi fantasia diteruskan. Sungguh pelik. Namun itulah yang sebetulnya, secara fitrahnya sudah tentu manusia inginkan hiburan dalam diri mereka. Lihat pula manusia turut inginkan pasangan hidup dalam bercinta.Itu Fitrah. Tetapi dalam mengapai fitrah itu perlu berlandaskan syariat yang diajar dalam Islam itu sendiri. Berbalik kepada hiburan itu tadi, adakah anda melihat akademi fantasia itu suatu yang menghiburkan dari segi menenangkan hati?minda? atau adakah sebagai pembaziran masa,wang,perasaan dan sebagainya? Lihatlah, hiburan seperti ini tidak datangkan banyak faedah dalam diri kita yang muslim ini. Mengapa akademi fantasia digila-gilakan tetapi program berunsurkan islam seperti imam muda dipandang enteng? sungguh amat2 pelik sekali penerimaan manusia. Adakah anda tidak mahu diejek oleh rakan-rakan dengan panggilan "ustaz" atau "ustazah"?? sungguh pelik manusia hari ini. Seolah-olah tidak mahu menyerapkan ilmu2 agama dalam diri. Apa salahnya kita melihat program2 islam,membaca artikel2 islam,menelaah sirah2 Nabi. Jika kita disibukkan dengan perkara-perkara yang duniawi,sampai bila kita hendak mengenal islam dengan lebih mendalam? Bukalah minda, carilah alternatif lain untuk perubahan diri ke arah menghayati islam yang anda anuti itu. Islam cukup indah. Islam terbukti benar dalam pelbagai sudut kehidupan. Hiburan yang melampau boleh membuatkan anda leka dan alpa dihanyut arus. Anda boleh menghabiskan masa dengan hanya melihat AF(akademi Fantasia) selama 3jam tapi anda tak pula habiskan masa untuk membaca Al-Quran selama 3jam??? muhasabahlah diri...bagi saya,3jam tu cukup2 bermakna jika kita pandai manfaatkan. Anda menangis sebab peserta akademi fantasia terkeluar tetapi anda tidak menangis pula bila nyawa saudara palestin kita digadai??? bukan setakat di palestin sahaja bahkan umat islam yang ditindas di seluruh dunia..tidakkah anda perasan? oh ya saya lupa,anda tidak perasan sebab dihidangkan dengan hiburan melampau seperti akademi fantasia ini rupanya..

ubahlah sikap anda wahai saudaraku,
pandanglah ke arah jalan yang lurus,
tetapkan fikiran islam yang jitu,

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
kembara seorang muslim

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. salam (^_^)
    wah...sahabat...semakin hari semakin mantap..hehe...aku xlyn akademi la afiQ...aku xpenah minat...adoii...alhamdulillah...hiburan smkin byk...aku rse aku minat sgt korea tp bile aku dok blja kat ukm ni aku xtgk la..tp bile balik uma, adoiii..masalah2...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Benar seperti yang adik katakan..manusia sekarang terlalu leka dgn nikmat2 dunia. Dunia yg penuh tipu daya..teruskan usaha adik utk bertinta di blog ini...serulah pd mereka2 akan amar ma'ruf nahi mungkar..umat islam kini sedang terjerumus dalam kegelapan aqidah..Allahu Akbar! sedih bila memikirkan..
    satu kaum yg dulunya telah menyirami dunia, mengapa hari ini mereka sendiri kedahagaan? kaum yg dahulu pernah mengajar dunia dgn tamadun dan peraturan hidup, ttp mengapa kini mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan..
    sedih, bukan?..sama2lah kita doakan hidayah utk umat Muhammad S.A.W..

    ReplyDelete
  3. Afiq, memang betul. Setuju.

    Apapun,kita memang pandai meniru Barat.Kalau ditinjau sejarah Akademi-Akedemi Bobrok ni semuanya berasal dari negara luar, kita ceduk dan serapkan dalam budaya Malaysia.Nauzubillah...

    Pun,Imam Muda ialah program yang datang, berasal dari Malaysia tetapi tetap dilihat dunia. Inilah yang kita mahu. Teringat tulisan Dr.Fathi Yakan dalam Apa Ertinya Saya Menganut Islam? bahawa gerakan yang berasal dari tempatnya sendiri yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam.

    Dah ada buku ni?Kalau tak da, nak bagi ni...Bagitau cepat..Kami balik Melaka Selasa ni.



    Nota 1: Bangga. Imam Muda pertama orang Pulau Pinang! :D

    Nota 2: Berjumpa nanti di Melaka!Tak sabar nak balik kampung!

    Ramadhan Kareem!

    ReplyDelete
  4. yea..yg pasti,proksi2 dajjal sedang memerhati usaha2 islam yg dijuangkan ini utk mereka hncurkan secare halus..semoge msia terhindar dr "mata-mata" dajjal = freemason = illuminati..

    Nota 1: melaka insyaAllah cube utk hasilkan pendakwah2 hebat :)

    buku tu masa blaja di matrik mmg de bace,tp hak milik sndiri lom ade lg..rsenye mudah je nk cari buku tu kat mlk..kdi buku salleh ade jual rsenye sbb situ kitab2 lama ade ctu..kdi kat dpn melaka sentral..tp xpe,rsenye shbt2 sprjuangan pon ade buku tu..leh pnjm utk baca kali kedua :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...