Sunday, August 22, 2010

Terokai tempat baru wahai Pengembara...


Assalamua'laikum,
ape lagi la kali ini yang mahu aku celotehkan pada hening pagi yang indah ini ya? oh ya..si pengembara tu sekarang ni dah di mana agaknya destinasinya..?Mungkin sedang berehat? mungkin sedang beribadat? hmm..mungkin juga sedang menaip? fikir-fikirkan ye..

Aku berjalan menyusuri pelbagai bentuk 'jalan' dan sudah pasti aku akan ber'singgah' ke mana-manaa tempat baru tatkala ingin melepaskan penat lelah. Aku lebih suka untuk memerhati keadaan sekeliling aku dan yang paling aku mahukan ialah apabila di tempat baru aku jejaki. Memerhati dan berfikir, bukan hanya kita duduk diam sahaja tetapi fikir dalam konteks untuk membina diri kita ke arah yang lebih baik atas keberkesanan muhasabah diri. Jika aku hanya suka duduk diam sahaja, tak kemanalah cita-cita aku...teringin juga untuk aku kongsikan hasil analisis ragam manusia hanya sepanjang satu hari sahaja di sini..mungkin lain hari :) aku terfikir, jika seseorang itu salah itu ini..apa tindakan kita atau apa cara kita untuk perbetulkannya? hmm..sungguh banyak sekali manusia kini melanggar ajaran-ajaran Islam yang syumul itu sendiri. Adakah kita atau mereka sedar atau tidak? tepuk dada tanya iman masing-masing.

Penulisanku di blog yang serba kekurangan ini hanyalah untuk perkongsian ilmu sains dalam konteks islam itu sendiri. Namun, ilmu yang sedia ada belum lagi disahkan oleh para guru sainsku untuk aku berkongsi bersama para 'pengembara' alam maya kerana aku mahukan kongsi ilmu yang sahih serta dapat membuka mata kita seluas-luasnya bahawa pandanglah sains ini dalam islam. Kronologi tokoh-tokoh sarjana islam terdahulu, cara mereka berfikir, cara mereka beribadah, cara mereka merujuk Al-Quran dalam ilmu sains dan sebagainya.

Mungkin selepas ini akan ku biacarakan mengenai FIZIK. Jika pelajar menengah atas pasti akan rasa gerun akan FIZIK. Tetapi mengapa tidak kepada aku? :) pada mulanya gerun,kemudian rindu.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-
Comments
8 Comments

8 comments:

  1. salam pengembara (^_^)
    wah....fizik???sy sgt xsuke fizik..haha...kali terakhir blja fizik tym menengah..haha...afiQ, ape kate ko kaji psl lady gaga...aku teringin nk taw ape pompuan 2 cube wat..cz dngr cite die mcm jahat giler...

    ReplyDelete
  2. salam.
    sebelum nk tau lady gaga tu, rasenye cube cari informasi tentang freemason atau dikenali sebagai illuminati (proksi dajjal)..cuba dedahkan pengetahuan anda tentang itu kemudian barulah tau sape atau kaitan dgn lady gaga :)..

    ReplyDelete
  3. salam....afiQ, y psl freemason ni kan, penah kecoh tym kite kat mtrk kan...?betol x???rse cm aku penah dengar n penah tgk psl freemason ni...

    ReplyDelete
  4. wslm..
    cuba cari dan selidik melalui info2 yang sahih..
    pergerakan mereka sungguh halus dan terperinci..
    mereka mempunyai simbol2 seiring dengan matlamat mereka yakni "New Order" klu x silap la..mereka mahu mentadbir dunia dengan kekuasaan mereka..xkiralah yahudi ke islam ke..sume agama dia nak tawan..dia mahu wujudkan pegangan baru yakni "Lucifer" gtu la..

    Yg pasti Islam akn menang...
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. ye....2 sudah pasti...islam pasti menang....

    ReplyDelete
  6. leh perkenalkn diri x..sape nama pena ni..gummy_bear? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...