Monday, September 27, 2010

Universiti Kebangsaan Malaysia Kini dan Selamanya...



Bismillah~
Kini dan selamanya. Alam kampus menjanjikan satu perubahan drastik dalam setiap mahasiswa dalam konteks pengurusan diri. Saya melihat dari sudut merekamenguruskan sistem pengurusan diri amatlah kacau-bilau. UKM Bangi khususnya tempat pembukitan ilmu, ilmu sungguh meluas-mencapah dari segenap fakulti yang ada.

Mahasiswa dikatakan golongan cerdik pandai. Saya akui. Tapi, sekadar cerdik pandai tidak mendatangkan keterbukaan diri mahasiswa. Lihat sahajalah pilihan raya kampus (PRK), golongan-golongan 'cerdik-pandai' memandang enteng perkara tersebut. Di benak fikiran mereka memikirkan, belajar di kampus tidak perlu dengan perkara-perkara seperti PRK ini. "Ah mengarutlah!" "buang masa lah bende tuh!" << saya naik jemu akan alasan-alasan golongan ini. Mahasiswa yang memikirkan dirinya ada hak dalam keadilan pasti tampil berani menyuarakan pandangan mereka.

Saya turut melihat, mahasiswa amat malas dalam mengetahui isu-isu semasa di negara mahupun dalam kampus UKM itu sendiri. MALAS. Sampai bila anda mahu menjadi 'Pak Turut' semata sedangkan benda yang benar harus disuarakan. Sebagai contoh, jika mahasiswa sudah menjelaskan yuran fakulti kemudian mereka semak semula beberapa bulan selepas itu dan mereka mendapati ada cas tambahan yang mereka belum jelaskan. << adakah anda mahu terus membayarnya tanpa bertanya kepada pihak sepatutnya? PAK TURUT? tak rugi anda menyuarakan ketidakpuashatian. Mungkin jika anda menyuarakannya, mahasiswa yang lain akan terlepas dari bebanan atas keprihatinan anda. Tidakkah begitu?

Kadang-kala pening juga saya memikirkan hal ini. UKM sudah cukup kelengkapan kemudahan yang ada. Namun, kepekaan mahasiswa dalam hal-hal kebajikan mereka perlu diutamakan kerana mereka sedang menuntut di UKM selama 3 4 tahun bahkan ke Master mahupun Ph.D. Pepatah melayu, "Berani kerana benar, takut kerana salah" berani ke kita? Mahasiswa pandai dari segi akademik tapi berani ke dalam tuntutan hak? Pertimbangan dari sudut akal mahasiswa perlu dimaksimumkan. Janganlah anda menyamakan dengan politik di luar. Politik kampus lain dari perlaksanaan. Janganlah anda memandang "POLITIK" itu benda yang kotor,sensitif,jahat dan sebagainya.

Berpihaklah pada kebenaran. Cakna dan peka terhadap isu-isu mahasiswa. Timbang baik buruknya. Jangan mementingkan diri sendiri. Sokongilah pihak yang menyuarakan kebenaran dalam membela mahasiswa khususnya di UKM Bangi ini. Niat mereka adalah membela kita, bukan niat yang mahu merosakkan mahasiswa.

Akhir kata,
Mahasiswa ada kuasanya dalam menjadi agen perubahan.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-Kembara Seorang Muslim-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...