Friday, October 22, 2010

Perang PENTAS



Bismillah~
Perang baru? Perang PENTAS? hanyalah sekadar mainan ayat. Penulis merangkakan Perang PENTAS adalah Perang Pena dan Kertas semata-mata.Sudah pasti peperangan ini yang lebih disukai untuk digelarkan "PEPERIKSAAN" atau "EXAMINATION". Cukup dalam beberapa ayat sudah menjanjikan gambaran dahsyat terutama sasaran yang diberi pangkat "MAHASISWA" atau pelajar.

Anda sudah pasti banyak melalui proses-proses ujian atau peperiksaan ini. Tidak kiralah 'formal' or 'Non-formal' ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita yang dahagakan ilmu selaut biru. Situasinya cukup berbeza, bezanya adalah dari suasana persekitaran yang seolah-olah 'takut' akan tibanya hari peperiksaan. Kelihatan pelajar-pelajar khususnya di UKM sendiri tampak tidak senang duduk, buku atau nota wajib di bawa kemana-mana. Persoalan timbul, suasana ini cukup enak jika dinampakkan semasa 2 3 bulan sebelum peperiksaan, tetapi ianya sudah pasti tidak berlaku. kenapa?

Sememangnya penulis akui, peperiksaan cukup 'luar biasa' kerana di situ tahap penilaian kita diukur sebaik mungkin. 'Pointer' seolah-olah pertanyaan biasa pelajar semasa lepas keluarnya keputusan peperiksaan dan sudah pasti itu yang mereka risaukan. Penulis akui. Fenomena 'luar biasa' ini adakah berkesan hingga di graduasikan? khidmat para graduan kepada masyarakat dijadikan medan ujian selepas ini. Sudah pasti suasana 'ujian' bukan lagi adanya jadual peperiksaan yang 'fix' tapi lebih kepada ujian serta-merta. Ujian serta merta inilah yang mewarnai kembara kita yakni kembara seorang muslim.



MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-

Wednesday, October 20, 2010

Kreatif dan Logik



Bismillah~
Jadi pandangan anda bagaimana? Logik jika cikgu itu betul-betul terbalikkan uji kaji itu? atau pemikir murid itu kreatif dari sudut 'gila'? Saya serahkan kepada anda.

Kadang-kala kita rungkaikan sesuatu atas memikirkan ianya logik atau tidak dan sudah pasti 'output' akan sukar untuk diluahkan kerana terlalu memikirkan logik. Tetapi jika kita berfikir dari sudut 'kreatif',akan terhasil pelbagai pandangan yang agak 'gila' di mata-mata individu. Namun, janganlah kita cepat melenting akan setiap pandangan yang dilontarkan atas alasan kerana pandangan tersebut tidak 'logik' dek akal. Bahkan kita perlu meraikan pandangan tersebut dan diperjelaskan persoalan itu dan ini demi kesesuaian dalam matlamat untuk dicapai sama ada ianya kritikal atau selesa.

Kita lihat sahajalah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang merupakan khalifah uthmaniyyah yakni ketika ingin menawan kubu terkuat ketika itu tidak lain tidak bukan kubu Constantinople. Beliau melontarkan idea 'gila' yakni ingin melepasi kapal-kapal perang beliau dari disekat oleh rantai besar yang dipasang oleh Byzantine dalam menyekat dari kapal perang untuk melaluinya. Maka beliau mengarahkan supaya kapal-kapal perang beliau untuk melepasinya dengan berlayar di daratan yakni 'berlayar' di atas bukit Golden Horn. Sudah pasti dengan cara 'gila' itu, Al-fateh berjaya menawan kubu Constantinople itu.

Cukup atas penceritaan ringkas itu, jadi bagaimana? Jika anda berfikir logik, sudah pasti anda akan bertarung nyawa dalam mempertahankan hujah agar tidak mahu kapal itu berlayar atas bukit kerana ianya gila dan tidak logik kapal boleh merentasi bukit! tidakkah begitu? jadi, jangan runsingkan kepala dalam memikirkan logik untuk menghasilkan tindakan susulan bahkan raikan segala pendapat sama ada gila atau tak..sama-sama kita fikirkan~

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-


Saturday, October 16, 2010

Rakan Amali Dakwah ISIUKM (RAD)



Bismilah~
Alhamdulillah sudah sekian lamanya blog kembara seorang muslim ini berehat atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kini telah di terkini kan. Baiklah, di perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai keunikkannya tersendiri. Jika di Universiti lain khususnya di Malaysia ini, persatuan Mahasiswa Islam atau dikenali PMI pasti wujud.Seperti merujuk pada tajuk kali ini, Rakan Amali Dakwah ISIUKM (RAD) telah ditubuhkan oleh PMIUKM itu sendiri.

Rakan Amali Dakwah (RAD) ISIUKM adalah sebuah unit khas di bawah Exco Perpaduan Nasional ISIUKM yang berfungsi sebagai satu badan penyebar dakwah Islam di seluruh perbukitan ilmu UKM.Lebih mesra dengan nama RAD ISIUKM,bermatlamatkan agar syiar Islam dapat disebar luaskan ke seluruh pelusuk warga UKM...

Mula ditubuhkan setelah usul agar diadakan sebuah entiti dakwah secara amali yang tersendiri dalam ISIUKM dalam Mesyuarat Agung Tahunan ISIUKM yang lepas diluluskan. RAD memberi pendekatan terus dalam menyampaikan risalah dakwah kepada Mahasiswa/i khususnya di UKM itu sendiri.Ianya juga tidak tertumpu dalam mendekati Mahasiswa muslim tetapi juga turut kepada Non-Muslim.

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
-kembara seorang muslim-


Sunday, October 10, 2010

Bangkit! Bersama Mahasiswa



Bismillah~
Seperti yang kita ketahui,apabila kita sudah menjejakkan kaki ke alam kampus,sudah pasti berlakunya satu transformasi.Label kita adalah "MAHASISWA" bukan lagi pelajar atau murid atau ape sahaja istilah sebagai seorang mencari ilmu.

Sekeliling seorang mahasiswa sudah pasti dipengaruhi oleh pelbagai pihak. Namun bagaimana untuk kita dapat 'survive' di kampus dengan berjaya? sudah pasti bantuan dari dalam kalangan mahasiswa itu sendiri.

Kita punyai rakan-rakan, kita punyai pensyarah, kita punyai kemudahan.pilihla yang mana anda sukai. Namun jika tersalah pilih bantuan hanyutlah kita. Mahasiswa Islam adalah unggul dalam peribadinya. Namun saya agak pelik dan jelak dan jemu melihat persekitaran kampus. Rakan-rakan yang sedia ada seolah-olah 'bermain-main' dengan alam kampus yang senang-lenang.Pelik..Hairan..jemu!

Saya beranggapan anda yang bergelar mahasiswa dan yang paling penting mahasiswa Islam, perlulah berintegriti dalam segenap perkara. Ketahuilah landasan syariat Islam yang telah anda pelajari. Mana mungkin anda ingin melakukan perkara yang melalaikan di dalam perkara yang bermanfaat? itulah yang anda sering minati.....

Mahasiswa yang budiman. Tidak pernah melihat rakan-rakan sekeliling sebagai bahan gelak ketawa. Bahkan mahasiswa yang berwawasan dan berpendirian, mereka akan sentiasa inginkan perubahan bersama dalam menuju pembangunan seiring syariat Islam yang telah diajarkan.Membangunlah Bersama Mahasiswa. Mereka yang berfikiran sebegini sudah pasti adalah aset penting bagi dalam kalangan mahasiswa yang lain. Rakan-rakan yang lain iaitu Mahasiswa itu sendiri perlu bersama-sama membangun dalam berganding bahu mengutarakan hak kebajikan di alam kampus.Kamulah suara perubahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...