Monday, August 30, 2010

Akademi Fantasia VS Imam Muda


Assalamua'laikum
Menarik jika kita lihat kemunculan program berunsurkan islam di kaca 'kotak hitam' di zaman serba sekularisme ini. Pengkupasan tajuk ini sudah pasti membuatkan sesetengah pihak muncul dengan ketidakpuashatian mereka terhadap pembangkangan program realiti seperti akademi fantasia diteruskan. Sungguh pelik. Namun itulah yang sebetulnya, secara fitrahnya sudah tentu manusia inginkan hiburan dalam diri mereka. Lihat pula manusia turut inginkan pasangan hidup dalam bercinta.Itu Fitrah. Tetapi dalam mengapai fitrah itu perlu berlandaskan syariat yang diajar dalam Islam itu sendiri. Berbalik kepada hiburan itu tadi, adakah anda melihat akademi fantasia itu suatu yang menghiburkan dari segi menenangkan hati?minda? atau adakah sebagai pembaziran masa,wang,perasaan dan sebagainya? Lihatlah, hiburan seperti ini tidak datangkan banyak faedah dalam diri kita yang muslim ini. Mengapa akademi fantasia digila-gilakan tetapi program berunsurkan islam seperti imam muda dipandang enteng? sungguh amat2 pelik sekali penerimaan manusia. Adakah anda tidak mahu diejek oleh rakan-rakan dengan panggilan "ustaz" atau "ustazah"?? sungguh pelik manusia hari ini. Seolah-olah tidak mahu menyerapkan ilmu2 agama dalam diri. Apa salahnya kita melihat program2 islam,membaca artikel2 islam,menelaah sirah2 Nabi. Jika kita disibukkan dengan perkara-perkara yang duniawi,sampai bila kita hendak mengenal islam dengan lebih mendalam? Bukalah minda, carilah alternatif lain untuk perubahan diri ke arah menghayati islam yang anda anuti itu. Islam cukup indah. Islam terbukti benar dalam pelbagai sudut kehidupan. Hiburan yang melampau boleh membuatkan anda leka dan alpa dihanyut arus. Anda boleh menghabiskan masa dengan hanya melihat AF(akademi Fantasia) selama 3jam tapi anda tak pula habiskan masa untuk membaca Al-Quran selama 3jam??? muhasabahlah diri...bagi saya,3jam tu cukup2 bermakna jika kita pandai manfaatkan. Anda menangis sebab peserta akademi fantasia terkeluar tetapi anda tidak menangis pula bila nyawa saudara palestin kita digadai??? bukan setakat di palestin sahaja bahkan umat islam yang ditindas di seluruh dunia..tidakkah anda perasan? oh ya saya lupa,anda tidak perasan sebab dihidangkan dengan hiburan melampau seperti akademi fantasia ini rupanya..

ubahlah sikap anda wahai saudaraku,
pandanglah ke arah jalan yang lurus,
tetapkan fikiran islam yang jitu,

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
kembara seorang muslim

Sunday, August 22, 2010

Terokai tempat baru wahai Pengembara...


Assalamua'laikum,
ape lagi la kali ini yang mahu aku celotehkan pada hening pagi yang indah ini ya? oh ya..si pengembara tu sekarang ni dah di mana agaknya destinasinya..?Mungkin sedang berehat? mungkin sedang beribadat? hmm..mungkin juga sedang menaip? fikir-fikirkan ye..

Aku berjalan menyusuri pelbagai bentuk 'jalan' dan sudah pasti aku akan ber'singgah' ke mana-manaa tempat baru tatkala ingin melepaskan penat lelah. Aku lebih suka untuk memerhati keadaan sekeliling aku dan yang paling aku mahukan ialah apabila di tempat baru aku jejaki. Memerhati dan berfikir, bukan hanya kita duduk diam sahaja tetapi fikir dalam konteks untuk membina diri kita ke arah yang lebih baik atas keberkesanan muhasabah diri. Jika aku hanya suka duduk diam sahaja, tak kemanalah cita-cita aku...teringin juga untuk aku kongsikan hasil analisis ragam manusia hanya sepanjang satu hari sahaja di sini..mungkin lain hari :) aku terfikir, jika seseorang itu salah itu ini..apa tindakan kita atau apa cara kita untuk perbetulkannya? hmm..sungguh banyak sekali manusia kini melanggar ajaran-ajaran Islam yang syumul itu sendiri. Adakah kita atau mereka sedar atau tidak? tepuk dada tanya iman masing-masing.

Penulisanku di blog yang serba kekurangan ini hanyalah untuk perkongsian ilmu sains dalam konteks islam itu sendiri. Namun, ilmu yang sedia ada belum lagi disahkan oleh para guru sainsku untuk aku berkongsi bersama para 'pengembara' alam maya kerana aku mahukan kongsi ilmu yang sahih serta dapat membuka mata kita seluas-luasnya bahawa pandanglah sains ini dalam islam. Kronologi tokoh-tokoh sarjana islam terdahulu, cara mereka berfikir, cara mereka beribadah, cara mereka merujuk Al-Quran dalam ilmu sains dan sebagainya.

Mungkin selepas ini akan ku biacarakan mengenai FIZIK. Jika pelajar menengah atas pasti akan rasa gerun akan FIZIK. Tetapi mengapa tidak kepada aku? :) pada mulanya gerun,kemudian rindu.

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-

Thursday, August 19, 2010

Apakah ini dipanggil sains?


Assalamua'laikum,
Jika ditranslasikan ke bahasa inggeris sudah tentu - "What is this thing Called Science?" inilah judul buku falsafah sains yakni secara pemikiran saintifik. Berguru dengan Prof.Dr.Roslan dalam bidang ini cukup membuatkan aku terkapai-kapai dalam imaginasi saintifik. Petikan kata-kata beliau :
" Saya ajar kamu semua sebagai seorang ahli fikir..."

sudah terbukti kata-kata beliau, namun ianya membuatkan kita lebih matang dalam cara berfikir. Buku ini merungkai mengenai falsafah-falsafah sains dimana para saintis tidak boleh tidak perlu adanya falsafah sebelum menerbitkan teori baru. Berbalik teori itu tadi, bagaimana jika kita ingin menerbitkan satu teori dengan cara yang mudah? sudah tentu jika ingin menerbitkan teori kita perlu dilengkapi dengan pelbagai fakta-fakta, pembuktian itu ini namun sikap manusia tidak akan mudah percaya akan apa yang diterbitkan oleh kita sendiri walaupun kita akui itu benar. Namun cara mudahnya ialah dengan kaedah 'Falsificationisme' - falsi atau maksud lain, ketidakbenaran,ketidaksahihan atau perkataan lebih mudah 'Pemalsuan'. Apa yang hendak saya katakan ialah, dengan cara 'pemalsuan' itu kita akan cuba 'mencabar' teori asas itu tadi. Jika kita berjaya merealisasikan bahawa teori itu berjaya 'dipatahkan' maka kita sudah berjaya mencipta satu penemuan baru. Sebagai contoh :

Kita tahu warna merah itu merah. Tapi setujukah anda jika saya katakan merah itu sebenarnya bukan merah..

itulah cara ungkapan kita 'memalsukan' apa yang kita anggap memang benar kejadian itu. Dengan itu, wujudlah pemikiran kita untuk mengorek yang merah itu bukan merah. merah ada banyak, merah hati, merah darah dan sebagainya. Adakah 1+2= satu balik? sudah pasti tidak..jadi jika merah campur coklat sedikit pasti tidak menjadi merah tetapi merahnya ada hanya situasi warna berbeza. Kita bergerak ke dalam lagi, kita boleh berubah dengan masa. anda setuju? sekejap lagi pasti anda akan menutup blog saya bukan? jadi kita akan berubah dengan masa. tetapi, kita boleh 'program'kn masa itu dengan merancang sesuatu terlebih dahulu. Kita sekarang ini hanya sebagai consumerisme semata-mata kerana sains itu ada produk manakala falsafah tiada produk. Kerana kita sains hanya selidik-selidik kemudian untuk memuaskan penyelidikan dengan mencipta 'devices' atau alat padahal sebelum ianya berlaku,wujudnya falsafah terlebih dahulu. Tidak hairanlah dahulu kala aristotle terkenal dengan falsafah beliau yang pelbagai. tidak lupa juga sarjana islam yang turut melahirkan para pemikir-pemikir falsafah yakni mereka menggabungkan falsafah-falsafah terdahulu.

"dalam 'masa' ada 'ruang',dalam 'ruang' ada 'kuasa' "

Akhir kata, dengan sains jua boleh mengajak kita untuk mengenal Allah SWT. Dalam Ayat-ayat Al-Quran turut banyak memperkatakan tentang kejadian manusia.prosesnya..gunung-ganang, proses hujan dan sebagainya. Itu semua sains. Ingat, bahawasanya Allah jualah yang maha kaya ilmuNYA.

-MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR-
-kembara seorang muslim-



Wednesday, August 18, 2010

Berjinak-jinak dengan B.L.O.G

Assalamua'laikum
sudah beberapa hari aku memiliki blog ini. Maklumlah 'budak baru belajar' dlm 'seni' blogger ni, tidak hairanlah kurangnya pos..namun blog ini menjadikan medium untuk aku mencurahkan ilmu yang tak seberapa ini. Sejak akhir2 ini, aku meneliti kehidupan manusia di sekitar ku yakni UKM Bangi..di dalam bulan yang penuh barakah "Ramadhan"..aku kebingungan melihat suasana para muda-mudi di malam hari,kelihatan mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan bergelak ketawa, borak itu ini dalam konteks lagha'..sudah pasti di siang hari mereka berpuasa dan sama ada pahala puasa mereka berkurang atau tak tepuk dada tanya iman.tapi di mlm hari tatkala perut sudah diisi juadah makanan, mereka seolah-olah 'bertenaga' melakukan perkara2 lagha' itu tadi..hmm pelik bukan?

kita merenung sejenak,
alangkah bagusnya kita di malam hari dijadikan masa untuk beramal ibadah, mengulangkaji subjek2 yang lemah, mencari ilmu di alam maya dan sebagainya..berfikirlah secara seorang Hamba Allah yang penuh dengan dosa..tatkala minda kita disetkan begitu,perbuatan lagha' itu tadi tidak akan wujud.

hmm..sebenarnya meneliti persekitaran mengajak kita untuk berfikir. Melihat kerenah2 manusia yang pelbagai ragam, dan akhirnya membentuk diri kita supaya menjadi lebih matang dalam pemikiran. Belajar di kampus bukanlah medan seperti kita di bangku sekolah. Ianya lebih dari itu..aku melihat, situasi di makmal..mengapa perlu kita bersuka-ria, gelak-gelak semasa melakukan eksperimen? - saintis zaman sekarang begitu ke?? - Jika ingin menjadi saintis, tunjukkan perwatakan saintis dalam diri anda..-serius-teliti-berfikir- itu yang perlu ditonjolkan..walaupun kita tidak pandai dalam melakukan eksperimen itu adalah proses pembelajaran..yang penting akhlak kita.

akhir kata,
renungan bersama serta muhasabah diri ini~

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-


Sunday, August 15, 2010

Lahirlah Satu Blog


Assalamua'laikum,
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana atas keizinanNya blog ini dapat diterbitkan. Ini adalah blog rasmi kepada empunya blog - Muhammad Afiq Bin Md Nasir -

Seorang hamba Allah yang terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi...

Alhamdulillah, tanggal 15/8/2010 adalah tarikh 'kelahiran' blog yang serba ringkas ini. Matlamat saya yang pertama sudah tercapai akhirnya..kenapa pertama?? - ada beberapa lagi matlamat yang masih dituju...



KEMBARA SEORANG MUSLIM
~ Apa tu? itu adalah perkataan la..oh tidak semudah itu..saya meletakkan ianya sebagai pemangkin bagi diri ini kerana seorang kembara yang sentiasa berfikiran futuristik cuba meneroka ilmu-ilmu yang meluas tatkala seiring mencari keredhaan Illahi.Cuba anda fikir,adakah kamu seorang 'pengembara'?

tidak...

Mengapa tidak? sebenarnya sekarang ini anda sedang mengembara..mengembara di dunia yang penuh tipu daya..'survive'lah dengan yakin kepada Allah bahawasanya jika kita menyemai benih yang baik di dunia maka di akhirat akan menampakkan hasilnya. tidak begitu? :) Namun, yea..ia tidak semudah yang kita sangkakan kerana pelbagai ancaman2 dari setiap sudut demi untuk melemahkan kita dalam perjuangan untuk 'mengembara'..siapakah itu?
  1. Hasutan Syaitan
  2. Hawa Nafsu
  3. Musuh-musuh Islam
Inilah watak-watak jahat dimana perlu kita lawan fi sabilillah..tatkala iman kita memuncak,watak-watak ini senantiasa ingin meruntuhkan kembali iman itu tadi..sungguh dahsyatkn mereka ini..??

Rasanya kita sebagai 'pengembara' persiaplah diri kita ini dengan 'senjata' untuk melawan watak2 tadi..persiaplah diri kita dengan ilmu untuk kesenangan kita dalam survival di dunia ini dan seterusnya berjaya di akhirat kelak - InsyaAllah

Muhammad Afiq Bin Md Nasir
-Kembara Seorang Muslim-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...